Analisis interaksi guru,pelajar, persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar terhadap keselesaan pembelajaran Biologi (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Seramai 325 orang pelajar Tingkatan Empat di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak dipilih untuk kajian dengan mengguna...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saidatul Ainoor Shaharim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1706
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Seramai 325 orang pelajar Tingkatan Empat di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak dipilih untuk kajian dengan menggunakan pensampelan rawak berstrata. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di mana empat inventori soal-selidik digunakan. Empat inventori tersebut adalah inventori interaksi guru-pelajar, inventori persekitaran pembelajaran bilik darjah, inventori komitmen pelajar dan inventori keselesaan pembelajaran. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran adalah tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara interaksi guru-pelajar, kesesuaian persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar dengan keselesaan pembelajaran. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran berdasarkan lokasi, manakala terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina. Hasil analisis regresi berganda mendapati komitmen pelajar dan persekitaran pembelajaran memberikan sumbangan yang signifikan terhadap keselesaan pembelajaran. Kesimpulannya, interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran dan komitmen pelajar mempunyai kesan kepada keselesaan pembelajaran pelajar. Implikasi kajian menunjukkan interaksi guru-pelajar, persekitaran pembelajaran, komitmen pelajar dan keselesaan pembelajaran perlu diberi perhatian bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran Biologi.