Kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar tingkatan empat di daerah Perak Tengah (IR)

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tahap kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar Tingkatan Empat di daerah Perak Tengah serta mengenal pasti jenis soalan matematik yang menyebabkan pelajar menghadapi kebimbangan matematik ketika membuat matematik (doing...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Zaleha Khalin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1715
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tahap kebimbangan matematik dan hubungannya dengan pencapaian pelajar Tingkatan Empat di daerah Perak Tengah serta mengenal pasti jenis soalan matematik yang menyebabkan pelajar menghadapi kebimbangan matematik ketika membuat matematik (doing mathematics). Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik Skala Kebimbangan Matematik Pelajar(SKMP). Seramai 86 orang pelajar lelaki dan 104 orang pelajar perempuan telah dipilih sebagai sampel bagi data kuantitatif. Data kualitatif diperolehi daripada lima orang pelajar Tingkatan empat di salah sebuah sekolah harian di daerah Perak Tengah, Perak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebimbangan matematik pelajar berada pada tahap sederhana dengan M = 2.SS, SP = 0.72. Secara terperinci dimensi konstruk kebimbangan iaitu iklim kelas matematik dengan M = 2.28, SP = 0.86, ketidakcekapan dalam matematik dengan M = 2.S2, SP = 0.74, keabstrakan matematik dengan M = 2.S6, SP = 0.82 dan ujian matematik dengan M = 2.83, SP = 1.11 berada pada tahap yang sederhana.Analisis dapatan ujian t bagi jantina menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan dengan t = -0.889, p <O.OS di antara tahap kebimbangan matematik pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Dapatan ujian Spearman Rho menunjukkan terdapat hubungan songsang yang rendah secara signifikan antara kebimbangan matematik dengan pencapaian matematik pelajar dengan nilai korelasi r = -0.237. Hubungan songsang ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai kebimbangan yang tinggi mempunyai pencapaian yang rendah dalam matematik dan sebaliknya. Dapatan kajian kualitatif mendapati bahawa pelajar kurang mengalami kebimbangan matematik dan berasa selesa semasa membuat matematik (doing mathematics) bagi soalan matematik yang berbentuk permainan (pop up card) berbanding dengan soalan-soalan matematik yang berbentuk abstrak matematik, algebra dan matematik berayat. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan untuk mengurangkan kebimbangan matematik dalam diri pelajar telah dikemukakan kepada pihak sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pendidikan lanjutan.