Analisis pengajian al-Quran bersanad riwayat Hafs di maahad-maahad tahfiz di negeri Pahang (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jalur-jalur sanad dan perbezaan antara sanad serta tahap kefahaman tentang sanad, usiil riwayat Hafs dan penguasaan bacaan usiil riwayat Hafs di Maahad-Maahad Tahfiz di negeri Pahang. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif yang digunakan untuk menda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jamaluddin Adam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1717
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jalur-jalur sanad dan perbezaan antara sanad serta tahap kefahaman tentang sanad, usiil riwayat Hafs dan penguasaan bacaan usiil riwayat Hafs di Maahad-Maahad Tahfiz di negeri Pahang. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif yang digunakan untuk mendapatkan data perkembangan jalur-jalur sanad.Data kualitatif yang diperolehi melalui temu bual dianalisis bagi menentukan jalur-jalur sanad dan perbezaan antara sanad yang diperolehi dari Mesir dan India. Sementara data kuantitatif yang diperolehi melalui soal selidik dan ujian digunakan untuk mengenalpasti kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap sanad bacaan al-Quran dan usiil-usiil riwayat Hafs. Temu bual melibatkan 9 orang guru yang mempunyai sanad bacaan al-Quran riwayat Hafs, Sementara sampel kajian bagi soal-selidik dan ujian melibatkan seramai 70 orang pe1ajar yang berada di bawah seliaan guru-guru yang mempunyai sanad bacaan alQuran.Data kuantitatif dianalisis secara statistik. Dapatan keseluruhan berhubung dengan jalur-jalur sanad mendapati bahawa terdapat dua jalur sanad, iaitu jalur san ad dari Mesir dan dari India. Jalur-jalur sanad tersebut berada pada tahap kelapan dan kesembilan dan seterusnya bertemu dengan sanad Syeikh Ahmad al-Salmunah. Dapatan keseluruhan daripada soal selidik tentang sanad dan usiil bacaan riwayat Hafs mendapati responden pada tahap 90% baik dari sudut pengetahuan dan pemahaman. Dari sudut penguasaan bacaan usiil riwayat hafs 91.9% responden berada pada tahap baik. Kajian ini diharapkan dapat menjadi perintis kepada kajian lanjutan dengan lebih mendalam bagi pengajian alQuran bersanad dan seterusnya dapat memasyhurkan pengajian al-Quran bersanad dalam kalangan masyarakat.