Tahap kefahaman dan salah konsep terhadap konsep daya dan gerakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat (IR)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman dan salah konsep terhadap konsep Daya dan Gerakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah deskriptif kuantitatif berbentuk tinjauan. Ujian pencapaian FCIspm telah diadaptasi daripada Inventori Konsep Daya (Fo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Tarmimi Ismail@Ilias
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1758
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman dan salah konsep terhadap konsep Daya dan Gerakan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah deskriptif kuantitatif berbentuk tinjauan. Ujian pencapaian FCIspm telah diadaptasi daripada Inventori Konsep Daya (Force Concept Inventory-FCI) dan Indeks Ketakpastian Jawapan (Certainty of Response Index-CRI) sebagai instrumen kajian. FCIspm mengandungi 22 item dan disusun mengikut format peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak kelompok berpandukan jadual penentuan sampel Krejcie dan Morgan. Seramai 300 sampel terlibat dalam kajian ini. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif, statistik inferensi ujian-t tidak bersandar dan matrik keputusan. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman bagi keseluruhan pelajar ialah pada tahap lemah. Tiada perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman pelajar lelaki dan perempuan. Dalam semua item yang diuji menunjukkan pelajar mempunyai salah konsep. Hasil analisis perbandingan tahap salah konsep antara jantina menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Kesimpulannya, tahap kefahaman pelajar berada pada tahap yang lemah dan pelajar mempunyai tahap salah konsep yang tinggi terhadap konsep Daya dan Gerakan. Implikasinya, kajian ini menunjukkan keperluan transformasi pembelajaran Fizik untuk mengatasi salah konsep khususnya dalam konsep Daya dan Gerakan.