Tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar biologi (IR)

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar biologi. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana kaedah tinjauan digunakan bagi melaksanakan kajian tersebut. Sampel kajian telah dipilih sec...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Shahida Mohd Azri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1868
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar biologi. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana kaedah tinjauan digunakan bagi melaksanakan kajian tersebut. Sampel kajian telah dipilih secara rawak berstrata iaitu terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains tulen yang mengambil subjek biologi sebagai elektif di empat buah sekolah di daerah Kulai, Johor. Sampel tersebut telah dibahagikan berdasarkan lokasi sekolah dan jantina pelajar. Instrumen yang telah digunakan adalah ujian kemahiran proses sains bersepadu berasaskan Malaysia (MB-BISPSI) dan soal selidik kemahiran abad ke 21 yang berkonsepkan Malaysia (M-21 CSI). Kesemua instrumen yang digunakan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data-data diperoleh dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan SPSS perisian 20.0. Ujian MANOVA dijalankan bagi menguji hipotesis nul pertama. Seterusnya, ujian korelasi dilakukan untuk menilai hipotesis nul kedua. Hasil kajian mendapati bahawa (1) tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi jantina dan lokasi sekolah terhadap kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke 21 dalam kalangan pelajar biologi dan (2) tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran proses sains bersepadu dan kemahiran abad ke 21 dalam kalangan pelajar biologi. Tahap kemahiran proses sains bersepadu berada pada tahap yang tinggi manakala tahap kemahiran abad ke 21 berada pada tahap yang sederhana.