Integrasi muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik (operasi nombor) terhadap murid-murid Tahun Satu (IR)

Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan integrasi muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sebuah sekolah di negeri Perak. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang mencari keberkesanan dan juga manfaat daripada intergrasi muzik dan pergerakan dalam pengajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yeo, Xin Yi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1883
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meninjau keberkesanan integrasi muzik dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sebuah sekolah di negeri Perak. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang mencari keberkesanan dan juga manfaat daripada intergrasi muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik melalui aktiviti muzik yang telah disediakan oleh pengkaji. Kajian telah dijalankan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Negeri Perak, Malaysia. Sampel kajian yang akan digunakan ialah 10 orang pelajar Tahun Satu (n=10). Selain itu, kajian ini berbentuk kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif. Pengumpu1an data dilakukan melalui soal selidik dan pemerhatian. Hasil dapatan data soal selidik menunjukkan peningkatan 52% bagi aspek persepsi murid terhadap penggunaan muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Seterusnya, peningkatan 60% bagi aspek perasaan murid terhadap penggunaan muzik dan pergerakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Bagi aspek keberkesanan penggunaan aktiviti muzik dan pergerakan adalah 62%. Manakala, hasil dapatan daripada rekod anekdot tentang minat menunjukkan peningkatan minat terhadap mata pelajaran maternatik. Hasil analisis data menunjukkan semua responden menyatakan integrasi muzik dan pergerakan dapat memberi kesan positif dalam pembelajaran matematik, Diharap kajian ini akan dapat memberi sumbangan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.