Kualiti air loji kumbahan dan implikasinya terhadap sungai Kinta (IR)

Kajian ini bertujuan untuk: menilai kualiti air loji kumbahan bagi parameter BOD dan SS serta implikasinya terhadap Sungai Kinta. Sembilan stesen persampelan air loji IWK dalam kawasan Bandaraya Ipoh telah dipilih untuk: diuji kualiti serta mengenalpasti punca yang menyumbang kepada kemerosotannya....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norulhuda Sabaruddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1920
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk: menilai kualiti air loji kumbahan bagi parameter BOD dan SS serta implikasinya terhadap Sungai Kinta. Sembilan stesen persampelan air loji IWK dalam kawasan Bandaraya Ipoh telah dipilih untuk: diuji kualiti serta mengenalpasti punca yang menyumbang kepada kemerosotannya. Persampelan air sisa kumbahan yang telah dirawat dan sebelum dialirkan ke dalarn sungai dilakukan sebanyak empat kali merangkumi musim hujan dan musim kering. Perbandingan juga dilakukan dengan data sekunder kualiti air dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) 1993-2008. Hasil mendapati bacaan sampel air selepas rawatan kumbahan untuk BOD melebihi piawaian yang telah ditetapkan JAS iaitu 9.3 mg/L yang direkodkan pada musim hujan di stesen IPH304 manakala bacaan terendah juga dicatatkan di stesen yang sarna pada musim kering iaitu 1.1 mg/L. Bacaan tertinggi SS pula dicatatkan di stesen IPH302 iaitu 129 mg/L pada musim kering manakala bacaan terendah dicatatkan di stesen IPH288 iaitu 5 mg/L pada musim hujan. Untuk: sarnpel air sebelum dialirkan ke sungai, bacaan BOD melebihi piawaian yang telah ditetapkan iaitu 9 mg/L di stesen IPH239, IPH304, IPH288, IPH052 dan IPH018 pada musim hujan manakala bacaan terendah dicatatkan di stesen IPH239 dan IPH302 iaitu 1 mg/L pada musim kering. Bacaan SS yang tertinggi pula dicatatkan di stesen IPH239 iaitu 455 mg/L pada musim kering dan bacaan terendah dicatatkan pada stesen IPH302 iaitu 7 mg/L pada musim hujan. Analisis data sekunder turut mendapati bacaan yang tinggi bagi SS di semua stesen JAS dari tahun 1993-2008. Faktor hujan dikenalpasti mempengaruhi tahap kepekatan pencemaran dalam sungai. Ketidakcekapan industri dalam mengurus sisa kumbahan dan juga aktiviti pembangunan tanah di sekitar kawasan kajian menjadi punca bacaan BOD dan SS melebihi piawaian. Pihak industri perlu memberi lebih tumpuan kepada kecekapan loji agar sistem rawatan kumbahan berada pada tahap yang memuaskan dan dapat menjamin kelestarian Sungai Kinta.