Kesan Program Pendidikan Luar Cabaran Mutiara anjuran Jabatan Pelajaran Pulau Pinang terhadap kesepaduan kumpulan (IR)

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan Program Pendidikan Luar Cabaran Mutiara ke atas kesepaduan kumpulan. Kajian ini juga mengkaji perbandingan sosiodemografi, perkaitan di antara subskala kesepaduan kumpulan dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kesan terhadap kesepaduan kumpu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Norazizuddin M. Nor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1939
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan Program Pendidikan Luar Cabaran Mutiara ke atas kesepaduan kumpulan. Kajian ini juga mengkaji perbandingan sosiodemografi, perkaitan di antara subskala kesepaduan kumpulan dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kesan terhadap kesepaduan kumpulan. Kajian ini melibatkan 132 orang pelajar sekolah menengah yang mengikuti Program Pendidikan Luar Cabaran Mutiara yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Pulau Pinang melalui Pusat Kokurikulum Negeri pada tahun 2011. Kaedah kuasi-eksperimen dengan kumpulan kawalan telah dipilih untuk menjawab persoalan kajian. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif dengan rekabentuk ujian pra dan pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimentaL Instrumen Soal Selidik Persekitaran Kumpulan (GEQ;Group Environment Questionnaire) yang mengandungi empat subskala kesepaduan kumpulan iaitu, ATG-S; Individual Attractions to the Group-Social, ATG-T; Individual Attractions to the Group-Task, GI-T; Group Integration-Task dan GI-S; Group Integration-Social yang diubahsuai telah digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam subskala ATG-S, manakala subskala yang lain tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam kalangan peserta yang menyertai program ini. Selain itu, faktor demografi yang dikenal pasti mempengaruhi proses pembentukan kesepaduan kumpulan ialah bangsa. Manakala faktor jantina, lokasi tempat tinggal dan pengalaman dalam pendidikan luar tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Aktiviti berkayak telah menunjukkan aktiviti yang paling mempengaruhi kesepaduan kumpulan dalam kalangan peserta berbanding aktiviti-aktiviti lain yang telah dijalankan semasa program ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Program Pendidikan Luar Cabaran Mutiara telah memberikan kesan yang signifikan ke atas kesepaduan kumpulan dalam kalangan peserta. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa aktiviti pendidikan luar dapat digunakan sebagai program pembentukan kesepaduan kumpulan dan aktiviti berkayak boleh dijadikan aktiviti utama untuk membentuk kesepaduan kumpulan.