Faktor penagihan semula dan strategi menanganinya dalam kalangan kes pengawasan dalam komuniti

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dominan penagihan semula, strategimenanganinya, menganalisis dan membuat penambahbaikan ke atas program rawatan dan pemulihan dalamkomuniti. Pendekatan kualitatif menggunakan Kaedah Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini.Persampelan bertujuan di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Uthayasoorian Shanmugam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=20
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dominan penagihan semula, strategimenanganinya, menganalisis dan membuat penambahbaikan ke atas program rawatan dan pemulihan dalamkomuniti. Pendekatan kualitatif menggunakan Kaedah Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini.Persampelan bertujuan digunakan, melibatkan 20 orang subjek kajian terdiri daripada kes pengawasandalam komuniti dan 5 orang subjek kajian terdiri daripada kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta.Empat jenis instrumen digunakan dalam rangka memenuhi Kaedah Triangulasi, iaitu temu bual,pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Subjek kajian kes pengawasan ditemu bual secaraindividu dan temu bual ini dirakam. Pemerhatian dilakukan dengan mengadakan lawatan ke rumah subjekkajian dalam program ‘home visit.’ Subjek kajian kakitangan AADK daerah digunakan untuk kajian soalselidik. Data analisis dokumen, iaitu Laporan Penilaian Prestasi Kepulihan Penghuni (LPPKP)diperoleh daripada Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC). Dapatan kajian faktor penagihan semulamenunjukkan pengaruh rakan sebaya yang melibatkan 25 (29%) orang subjek kajian dan sikap dirisendiri yang melibatkan 21 (24%) orang subjek kajian. Bagi keberkesanan program menunjukkanmembantu penagih mengubah sikap melibatkan 30 (25%) orang subjek kajian dan membantu penagihmelupakan dadah yang melibatkan 24 (20%) orang subjek kajian. Cadangan penambahbaikan menunjukkanmemperbanyakkan program rawatan dan pemulihan yang melibatkan 31 (27%) orang subjek kajian danmembuka peluang pekerjaan yang melibatkan 22 (19%) orang subjek kajian. Strategi pencegahanmenunjukkan memperkuatkan diri dari segi mental dan emosi yang melibatkan 14 (24%) orang subjekkajian dan melaksanakan ibadah serta mendekatkan diri dengan Tuhan yang melibatkan 13 (22%) orangsubjek kajian. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kerajaan melalui lead agency, AADK dan pihakyang bertanggungjawab dapat mengambil langkah- langkah yang sewajarnya untuk mencegah kadarpenagihan semula kes pengawasan dalam komuniti dan memastikan mereka dapat mengekalkanproses pemulihan dalam komuniti dengan berkesan.