Realisme dalam cerpen-cerpen dua penulis Mahua di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran penulis karya Mahua melalui penelitian persoalan dan realiti hidup masyarakat Cina di Malaysia yang dicerminkan dalam karya cerpen Mahua. Sebanyak 75 buah cerpen karya iaitu karya oleh Tuo Ling sebanyak 34 buah dan Yun Lifeng sebanyak 31 buah telah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yau, Chee Theng
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2078
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemikiran penulis karya Mahua melalui penelitian persoalan dan realiti hidup masyarakat Cina di Malaysia yang dicerminkan dalam karya cerpen Mahua. Sebanyak 75 buah cerpen karya iaitu karya oleh Tuo Ling sebanyak 34 buah dan Yun Lifeng sebanyak 31 buah telah dianalisis. Analisis teks berpandukan Teori Cerminan Lukacs dilaksanakan untuk menganalisis, mengupas plot perwatakan cerpen dari aspek budaya, pendidikan, ekonomi dan politik. Dapatan kajian dilaporkan secara deskriptif. Didapati aspek yang paling kerap diperbincangkan melalui cerpen kedua-dua penulis adalah aspek budaya manakala politik kurang dipaparkan. Dalam aspek budaya, penekanan diberikan kepada pendidikan, dunia kewanitaan dan pengaruh nilai Konfusianisme dalam masyarakat Cina. Gejala sosial yang dipaparkan adalah perjudian, pelacuran dan amalan rasuah. Selain itu, persoalan Bahasa Melayu, masalah guru sandaran dan pendidikan Sekolah Persendirian Cina diperbincangkan dalam aspek pendidikan. Aspek ekonomi pula memaparkan persoalan golongan wanita dalam kerjaya dan penindasan golongan buruh dalam masyarakat Cina. Amalan rasuah dalam kempen pilihan raya dan masalah perkauman akibat peristiwa 13 Mei dicerminkan dalam aspek politik. Berdasarkan kajian ini, Tuo Ling dan Yun Lifeng boleh dianggap sebagai penulis Mahua realis berdasarkan konsep cerminan Lukacs. Karya cerpen kedua-dua penulis Mahua tersebut mempunyai unsur-unsur realisme dan isu-isu sebenar yang dihadapi oleh masyarakat Cina di Malaysia telah digambarkan secara objektif. Kajian ini merupakan satu percubaan untuk menjalankan kaedah penyelidikan yang sistematik dan saintifik agar menyumbang kepada bidang penyelidikan sastera Mahua tempatan yang dikritik sebagai bertaburan dan kurang sistematik. Implikasi kajian ini telah memberi pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang keprihatinan penulis cerpen Mahua di Malaysia secara umumnya.