Pengenalan asas rebab Kelantan (IR)

Laporan projek pembangunan buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini disediakan bagi memenuhi keperluan kursus APM6006 dalam program Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Penghasilan projek ini adalah bagi menambahkan lagi koleksi bahan dan sumber tentang permainan alat muzik...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zapri Mat Zain
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2093
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Laporan projek pembangunan buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini disediakan bagi memenuhi keperluan kursus APM6006 dalam program Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Penghasilan projek ini adalah bagi menambahkan lagi koleksi bahan dan sumber tentang permainan alat muzik rebab khususnya di negeri Kelantan. Penghasilan buku ini juga sedikit sebanyak akan menyumbang kepada pengekalan warisan kebudayaan dari luput ditelan zaman. Buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini dibina berpandukan penerbitan buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian projek yang dihasilkan ini telah dijalankan temu bual terhadap tiga orang pemain rebab yang berpengalaman. Dapatan hasil temu bual menunjukkan kesemua responden bersetuju dengan segala aspek yang berkaitan dengan produk yang dihasilkan. Namun begitu terdapat juga sedikit kelemahan dalam penghasilannya dan cadangan-cadangan untuk menambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan ini. Diharapkan dengan terhasilnya buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini usaha mendokumentasikan kesenian tradisional warisan negara dapat dilaksanakan oleh mereka-mereka yang berminat dan memberi semangat kepada pencinta muzik tradisi mengusahakan penerbitan bahan-bahan yang lain pula.