Penilaian kokurikulum sukan dan permainan dengan menggunakan model CIPP (IR)
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai aktiviti kokurikulum sukan dan permainan yang dijalankan di lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam daerah Kuala Terengganu Utara. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data dari 300 orang responden yang te...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2116 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini adalah untuk menilai aktiviti kokurikulum sukan dan permainan yang dijalankan di lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan dalam daerah Kuala Terengganu Utara. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data dari 300 orang responden yang terdiri dari pelajar tingkatan empat. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Analisis Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua dimensi kajian berada pada tahap tinggi. Terdapat pengaruh yang signifikan bagi kedua-dua dimensi, proses dan input terhadap keberkesanan pencapaian matlamat dan objektif aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah kajian. Dapatan analisis regresi berganda menunjukkan faktor kemahiran guru, strategi pengajaran, kaedah pengajaran dan kesediaan pelajar mempunyai pengaruh yang signifikan bagi dimensi input. Bagi dimensi proses, faktor yang mempunyai pengaruh yang signifikan ialah penyertaan pelajar, penjadualan aktiviti dan pelaksanaan aktiviti. Kajian ini Berjaya meramal 38.8 peratus faktor kepada kejayaan aktiviti kokurikulum sukan dan permainan berdasarkan model penilaian (Konteks, Input, Proses dan Produk). Faktor peramal dan hubungan yang berjaya dibuktikan diharap dapat dijadikan panduan oleh pihak kementerian dan para guru dalam meningkatkan kejayaan aktiviti kokurikulum. |
---|