Kepimpinan instruksional dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor (IR)
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor. Reka bentuk kajian kuantitatif dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif untuk menjawab persoalan kajian...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=212 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan instruksional guru besar dan hubungannya dengan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor. Reka bentuk kajian kuantitatif dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan deskriptif untuk menjawab persoalan kajian dan hipotesis. Satu set instrumen telah digunakan untuk menilai kepimpinan instruksional guru besar dan amalan pembelajaran profesional guru di sekolah kajian. Seramai 244 orang guru dari enam buah sekolah berprestasi tinggi negeri Selangor telah dipilih menjadi responden menggunakan teknik persampelan rawak bersistematik. Analisis statistik deskriptif iaitu skor min serta sisihan piawai dan inferensi seperti ujian t, ANOVA dan analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan amalan pembelajaran profesional guru. Kajian ini juga mendapati kepimpinan instruksional guru besar dan amalan pembelajaran profesional guru berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini telah menunjukkan bahawa pemimpin sekolah telah melaksanakan kepimpinan instruksional serta menitikberatkan amalan pembelajaran profesional guru seperti yang termaktub dalam PPPM 2013-2025. Impak kajian ini menunjukkan bahawa amalan pembelajaran profesional guru yang proaktif dengan sokongan padu dari kepimpinan instruksional guru besar dipercayai memberi impak positif terhadap kualiti pembelajaran murid dalam bilik darjah. |
---|