Struktur dan pemikiran lagu rakyat Dalling-dalling (IR)

Kajian ini memberi tumpuan terhadap struktur dan pernikiran dalam lagu rakyat Dallingdalling. Dalling-dalling merupakan lagu rakyat masyarakat Suluk yang terdiri daripada bait-bait puisi tradisional. Teori Teksdealisme digunakan untuk melihat lapisan idea dalam lagu. Pandangan Za'ba pula untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Fazil Ajak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2126
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi tumpuan terhadap struktur dan pernikiran dalam lagu rakyat Dallingdalling. Dalling-dalling merupakan lagu rakyat masyarakat Suluk yang terdiri daripada bait-bait puisi tradisional. Teori Teksdealisme digunakan untuk melihat lapisan idea dalam lagu. Pandangan Za'ba pula untuk melihat sarna ada struktur Dalling-dalling ini menepati ciri pantun atau sebaliknya manakala pemikiran berpandukan gaya bahasa yang digunakan. Dalling-dalling ialah tajuk lagu dan juga tarian yang dipanggil tarian Dalling dalling. Tarian Dalling-dalling diiringi dengan lagu Dalling-dalling di mana kadang kala dinyanyikan secara spontan tanpa sebarang tarian. Lagu ini dinyanyikan ketika majlis keramaian. Tema Dalling-dalling ialah tentang kecantikan wanita dan juga tentang percintaan. Fungsinya adalah untuk menyindir, menegur dan memberi nasihat kepada khalayak. Dalling-dalling menggunakan kiasan berbentuk perbuatan. Berbeza dengan puisi tradisional Melayu, unsur flora dan fauna sering digunakan namun dalam Dallingdalling unsur tersebut kurang digunakan. Dalling-dalling tidak mempunyai bentuk yang tetap dan tidak mempunyai pembayang yang khusus. Keseluruhan rangkap adalah berkaitan. Dalling-dalling sebagai salah satu warisan puisi tradisional yang menjadi lagu rakyat adalah lambang pernikiran dan sifat masyarakat Suluk yang mementingkan hubungan sesama manusia dan saling berpesan antara satu sarna lain. Kajian ini mendapati bahawa Dalling-dalling lebih mirip kepada seloka dari segi tema dan fungsinya.