Amalan penerapan nilai pendidikan umum dalam kalangan guru matematik sekolah rendah satu kajian kes (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penerapan nilai pendidikan umum oleh guru matematik dalam pengajaran penyelesaian masalah. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini yang melibatkan kajian kes. Sampel kajian melibatkan tiga orang guru matematik terlatih yang mengajar Tahun Lima da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sivagami Sundari Thruvankadam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2129
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan penerapan nilai pendidikan umum oleh guru matematik dalam pengajaran penyelesaian masalah. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini yang melibatkan kajian kes. Sampel kajian melibatkan tiga orang guru matematik terlatih yang mengajar Tahun Lima dari sebuah sekolah rendah Tamil di daerah Hulu Selangor. Pemerhatian pengajaran terhadap peserta kajian telah dilakukan sebanyak tiga kali dan sesi temu bual telah diadakan sebelum dan selepas sesi pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai kefahaman yang setara mengenai nilai. Kesemua guru menganggap nilai yang diterapkan sebagai nilai pendidikan umum. Walaupun perancangan nilai tidak dinyatakan secara bertulis dalam rekod pengajaran harian guru tetapi ianya dinyatakan secara lisan ketika ditemu bual dalam sesi pra pengajaran. Penerapan nilai terlaksana secara tersirat melalui amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Kesemua nilai yang diterapkan adalah berkaitan dengan perkembangan diri. Walau bagaimanapun guru-guru telah menghadapi beberapa kekangan dalam melaksanakan amalan penerapan ini. Kesimpulannya amalan penerapan nilai pendidikan umum tidak berlaku secara menyeluruh dalam pengajaran bilik darjah. Hasil kajian ini memberi input kepada para pendidik matematik dan pendidikan di Malaysia bahawa perancangan nilai merupakan aspek yang penting dalam pengajaran guru. Kajian ini memberi kesedaran kepada para pendidik supaya mendalami dan memahami kesemua bidang pembelajaran yang termaktub dalam nilai pendidikan umum agar dapat melahirkan modal insan mengikut hasrat Falsafah Pendidikan Negara.