Analisis proses kognisi dalam teks karangan bahasa Melayu sekolah rendah melalui kaedah hermeneutik (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis proses kognisi dalam teks karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan di Klang. Objektif utama kajian ialah untuk mengenal pasti karangan yang cemerlang, baik dan memuaskan, masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasnan Zakaria
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=218
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis proses kognisi dalam teks karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan di Klang. Objektif utama kajian ialah untuk mengenal pasti karangan yang cemerlang, baik dan memuaskan, masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran karangan dan bagaimana proses kognisi mempengaruhi karangan yang dihasilkan oleh murid. Kaedah Hermeneutik sebagai metodologi kualitatif dan interpretif digunakan untuk menganalisis karangan murid. Dalam kajian ini sebanyak 38 sampel karangan daripada murid tahun enam dipilih untuk dianalisis. Proses kognisi yang dikenal pasti berlangsung sepanjang penghasilan karangan oleh murid ialah seperti proses mengingat semula, menyusun semula idea, mengaitkan idea dengan pengalaman lampau dan juga menyesuaikan maklumat tersebut dengan karangan yang dihasilkan. Hasil kajian juga mendapati bahawa murid dapat mencungkil dan memproses maklumat semasa menulis karangan dengan menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang dan isi kandungannya mencapai tahap cemerlang. Manakala bagi karangan baik dan memuaskan memperlihatkan murid masih lagi sukar menggunakan proses kognisi mereka sewaktu menghasilkan karangan. Selain itu, hasil kajian ini juga didapati bahawa pengetahuan sedia ada murid daripada memori jangka panjang dan memori jangka pendek membolehkan murid menghasilkan karangan yang lebih cemerlang. Implikasi daripada kajian ini membolehkan komuniti pendidikan, khususnya guru sedar tentang kepentingan proses kognisi dalam penghasilan sesebuah karangan yang cemerlang.