Dinamisasi Saung Angklung Udjo sebagai pusat pendidikan, pelancongan dan pembuatan alat muzik di Bandung, Indonesia (IR)

Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis dinamisasi Saung Angklung Udjo (SAU) dalam menstruktur semula aspek pendidikan, pelancongan serta pusat pembuatan angklung agar bersesuaian dengan tatapan, permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualita...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Soleh, Mochamad Dadang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=219
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis dinamisasi Saung Angklung Udjo (SAU) dalam menstruktur semula aspek pendidikan, pelancongan serta pusat pembuatan angklung agar bersesuaian dengan tatapan, permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang merangkumi kajian literatur, pemerhatian, temuramah dan analisis rakaman muzik dan video. Responden dalam kajian ini ialah para pelajar sekolah menengah, pelancong tempatan, pelancong antarabangsa dan ahli pengurusan SAU. Analisis data kajian lapangan menunjukkan bahawa SAU merupakan organisasi yang dinamis dari segi intuisi mereka dalam mengadaptasi struktur persembahan SAU kepada permintaan dan citarasa penonton tempatan dan antarabangsa abad ini. SAU telah membina satu ekosistem pendidikan dan pelancongan yang berpusatkan kemasyarakatan serta menerokai penggunaan sumber semulajadi bagi menggerakkan ekonomi dan membekalkan kerja kepada masyarakat di Bandung. Kajian ini mencadangkan SAU sebagai sebuah model untuk kelestarian tradisi budaya.