Hubungan amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes: satu kajian kes di negeri Sabah (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Amalan pemakanan, aktiviti masa lapang dan faktor sosiodemografi dinilai ke atas 250 orang responden kajian (97 perempuan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Winday Sini@Siani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=222
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang dalam kalangan murid obes di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Amalan pemakanan, aktiviti masa lapang dan faktor sosiodemografi dinilai ke atas 250 orang responden kajian (97 perempuan dan 153 lelaki), berumur 10 - 12 tahun. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Pensampelan yang digunakan adalah pensampelan rawak berstrata. Dua jenis instrumen digunakan iaitu soal selidik yang terdiri dari 47 item untuk mengumpul data kuantitatif dan protokol temu bual bagi mendapatkan data kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang. Dapatan kajian mencadangkan kepentingan ibu bapa atau penjaga menentukan diet seimbang untuk anak-anak mereka. Para guru pula perlu merancang dan melaksanakan program untuk mengurangkan obesiti. Kesimpulannya, amalan pemakanan dan aktiviti masa lapang mempengaruhi berat badan kanak-kanak. Implikasi kajian ini menunjukkan ibubapa dan guru-guru perlu mendidik kanak-kanak dengan amalan pemakanan dan penggunaan masa lapang yang betul.