Hubungan dan impak mekanisma tadbir urus korporat terhadap prestasi syarikat (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan dan impak di antara mekanisme tadbir urus korporat dalaman dan luaran terhadap prestasi syarikat bagi syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam sektor Perdagangan dan Perkhidmatan dari tahun 2007 sehingga tahun 2013. Data di analisis denga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorul Farha Mohd Jumali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=225
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan dan impak di antara mekanisme tadbir urus korporat dalaman dan luaran terhadap prestasi syarikat bagi syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dalam sektor Perdagangan dan Perkhidmatan dari tahun 2007 sehingga tahun 2013. Data di analisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif, Korelasi Pearson, dan Regresi Linear Berganda. Statistik Deskriptif menjelaskan nilai purata, Korelasi Pearson menerangkan hubungan dan Regresi Linear Berganda pula menerangkan impak di antara mekanisma tadbir urus korporat dalaman dan luaran terhadap prestasi syarikat. Prestasi syarikat di ukur dengan menggunakan Pulangan Atas Aset (ROA) dan Tobins Q. Dapatan kajian menunjukkan saiz lembaga pengarah, kepakaran jawatankuasa audit, saiz jawatankuasa audit dan kualiti audit mempunyai hubungan yang signifikan dan positif dengan ROA dan Tobins Q. Bagi mesyuarat jawatankuasa audit pula, ia mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap Tobins Q dan tidak signifikan terhadap ROA. Seterusnya, CEO dualiti dan lembaga pengarah bebas tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan ROA dan Tobins Q. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan mekanisma tadbir urus korporat dalaman dan luaran mampu memberi kesan kepada prestasi syarikat. Tadbir urus korporat yang baik adalah penting untuk meningkatkan prestasi syarikat. Implikasi kajian ini adalah ia dapat memberi kesan kepada pelbagai pihak dan di antaranya adalah pelabur, institusi kewangan, ahli akademik, syarikat korporat, dan kerajaan di dalam membuat pertimbangan, keputusan atau penambahbaikan terhadap tadbir urus korporat dan prestasi syarikat.