Kajian ekplorasi tingkat kefahaman guru tentang cukai barangan dan perkhidmatan (IR)

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti sejauh mana tingkat kefahaman guru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Goods and Service Tax (GST). Seramai 196 orang guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah di sekitar Tanjung Malim mengambil ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zul Izwan Aliyasak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=226
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti sejauh mana tingkat kefahaman guru tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau dalam bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai Goods and Service Tax (GST). Seramai 196 orang guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah di sekitar Tanjung Malim mengambil bahagian dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah set borang soal selidik. Skala Likert (5 tahap) di gunakan sebagai pengukur iaitu minimum 1 ke maksimum 5 (paling tidak setuju ke paling setuju). Data yang diperoleh di proses dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan jawapan bagi menjawab objektif i, ii dan iii. Ujian ttest telah dijalankan bagi menjawab objektif ke iv. Kesemua data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)-Version 22. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan Medium Televisyen, Perbincangan dengan rakan-rakan dan Surat Khabar dikenal pasti sebagai alat penyebaran maklumat yang paling popular (mengikut turutan) di kalangan guru dalam memperoleh maklumat mengenai GST. Keputusan bagi ujian kedua dan ketiga pula menunjukkan, tingkat pengetahuan dan kefahaman guru tentang GST adalah di tahap rendah. Keputusan dari ujian t-test menunjukkan tiada perbezaan tahap pemahaman yang ketara diantara guru dalam bidang dengan guru bukan bidang. Implikasi dari dapatan ini ialah; memandang guru adalah agen penyampaian ilmu dan maklumat am di sekolah ataupun di luar sekolah; tahap pengetahuan dan pemahaman yang rendah akan memberi impak negatif terhadap keberkesanan penyebaran maklumat mengenai GST pada ahli masyarakat yang lain; terutamanya pada pelajar-pelajar. Keputusan akhir bagi kejadian ini akan memberikan kesan negatif juga terhadap keberkesanan pelaksanaan dasar ini secara keseluruhan.