Penilaian pelaksanaan kurikulum MPV di negeri Kedah dan Pahang (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan guru, sokongan dan komitmen pentadbir, kemudahan prasarana dan peralatan, proses pengajaran dan pembelajaran, proses pentaksiran kompetensi pelajar serta pencapaian pelajar dalam program MPV. Model KIPP digunakan untuk menilai pelaksanaan kurikulum MPV be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Zin Hussin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=228
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan guru, sokongan dan komitmen pentadbir, kemudahan prasarana dan peralatan, proses pengajaran dan pembelajaran, proses pentaksiran kompetensi pelajar serta pencapaian pelajar dalam program MPV. Model KIPP digunakan untuk menilai pelaksanaan kurikulum MPV berdasarkan objektif dan kerangka konseptual kajian. Kajian ini melibatkan seramai 110 responden guru dan 320 responden pelajar yang dipilih secara rawak berstrata. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik, protokol temubual dan senarai semak pemerhatian. Dapatan penilaian input menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal tetapi perlu mempertingkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknikal guru sesuai dengan perkembangan semasa. Dapatan juga menunjukkan pentadbir juga memberi sokongan dan komitmen dalam melaksanakan kurikulum MPV. Penilaian proses pula menunjukkan responden bersetuju bahawa proses pengajaran dan pentaksiran dilaksanakan dengan baik berdasarkan pensijilan modular dan pentaksiran kompetensi. Di samping itu, penilaian produk menunjukkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran teknikal serta mempunyai sikap yang positif sesuai dengan matlamat pelaksanaan MPV. Namun, terdapat cadangan dan maklumbalas dari responden agar pengetahuan dan kemahiran guru dipertingkatkan dengan mengikuti kursus dan latihan. Pihak KPM disaran menyediakan peralatan yang mencukupi serta mengemaskini kurikulum MPV sesuai dengan pasaran kerja. Implikasi kajian ini menunjukkan pelaksanaan program MPV perlu penambahbaikan dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal guru serta menambah kemudahan prasarana dan peralatan MPV dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar. Berdasarkan dapatan empirikal, kajian ini mencadangkan transformasi kurikulum dengan menyediakan pendidikan vokasional dan keusahawanan pada peringkat sijil kemahiran di sekolah menengah harian bagi tujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran teknikal serta keusahawanan supaya dapat melahirkan graduan teknikal yang lebih dinamik dan berinovasi.