Angkatan Pemuda Insaf: (1946-1947) (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perjuangan dan cabaran yang dilalui oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) daripada tahun 1946 hingga 1947. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan kepada analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia dan beberapa perpustakaan Universiti Awa...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hasfalila Hassan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2293
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perjuangan dan cabaran yang dilalui oleh Angkatan Pemuda Insaf (API) daripada tahun 1946 hingga 1947. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan memberi penekanan kepada analisis dokumen di Jabatan Arkib Negara Malaysia dan beberapa perpustakaan Universiti Awam di Malaysia. Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan beberapa orang pejuang API serta warisnya. Dapatan kajian membuktikan bahawa API adalah sebuah organisasi politik separuh tentera yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Kajian ini juga jelas menunjukkan usaha dan persediaan yang dilakukan API demi mencapai matlamat perjuangannya. Cabaran yang dilalui API serta hala tuju bekas anggota API yang dipaparkan dalam kajian turut menunjukkan bahawa barisan pejuang API ini tidak pernah berhenti untuk memperjuang kebebasan Tanah Melayu daripada menjadi jajahan British. Dapat disimpulkan bahawa, perjuangan API sebagai pertubuhan pemuda berhaluan kiri memberi impak dan kesan kepada jiwa pejuang API dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman kuasa penjajah.