Kefahaman dan kesilapan pelajar dalam pembelajaran topik pembezaan tingkatan empat (IR)

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Munirah Sa'adah Nik Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2295
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan kesilapan pelajar dalam menyelesaikan masalah pembezaan dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam memilih enam orang pelajar tingkatan empat sebagai sampel kajian. Data primer kajian ini adalah data ujian dan data temubual. Data ujian dianalisis menggunakan kaedah analisis kefahaman Skemp, manakala data temubual telah dianalisis menggunakan kaedah analisis kesalahan Newman. Dapatan kajian ini mendapati pelajar hanya mempunyai kefahaman instrumental dan kesalahan yang sering dilakukan mereka ialah kesalahan membaca, kesalahan memahami dan kesalahan transformasi. Justeru, daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa pelajar hanya menghafal algoritma penyelesaian matematik dan mereka tidak mampu menjawab soalan berbentuk penyelesaian masalah. Implikasi kajian ini ialah guru dapat mengenal pasti konsep-konsep yang perlu diberi perhatian semasa mengajar topik Pembezaan iaitu konsep pembezaan, algebra dan geometri serta merangka suatu rancangan pengajaran yang dapat membina kemahiran pelajar dalam menguasai konsep-konsep tersebut.