Kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari dalam komuniti sekolah menerusi program sekolah lestari di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari (education/or sustainable development-ESD) dalam kalangan pelajar, guru dan ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang bertindak sebagai pengukur utama. Kesed...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanifah Mahat
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2372
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kesedaran dan komitmen pendidikan pembangunan lestari (education/or sustainable development-ESD) dalam kalangan pelajar, guru dan ibu/bapa/penjaga yang terlibat dalam Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) yang bertindak sebagai pengukur utama. Kesedaran merangkumi domain pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan kandungan ESD, pengetahuan amalan ESD, sikap ESD dan tingkah laku ESD. Kaedah kajian yang digunakan ialah kuantitatif (tinjauan soal selidik) dan disokong oleh kaedah kualitatif (temu bual). Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 447 orang pelajar, 247 orang guru dan 245 orang ibuJbapa/penjaga. Manakala sampel kajian kualitatif terdiri daripada 12 orang guru. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif untuk pemerihalan pemboleh ubah dan statistik inferensi iaitu ujian t, ANOVA, korelasi Pearson, regresi berganda, ujian model persamaan struktural (Structural Equation Modeling-SEM) digunakan untuk menguji hipotesis. Hasil kajian menunjukkan (i) tahap kesedaran ESD berbeza mengikut domain bagi guru, pelajar dan ibu/bapa/penjaga manakala tahap komitmen ESD pelajar dan guru pada tahap sederhana manakala ibu/bapa/penjaga mempunyai komitmen ESD pada tahap tinggi. (ii) Profil latar belakang turut memberi kesan yang berbeza terhadap kesedaran dan komitmen ESD guru, pelajar dan ibu/bapa/penjaga. (iii) Ujian korelasi menjelaskan bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara domain. (iv) Analisis SEM ke atas pelajar mendapati pengetahuan amalan ESD, pengetahuan Program SLAAS dan sikap ESD memberi sumbangan yang signifikan ke atas tingkah laku ESD secara langsung. Bagi guru, pengetahuan amalan ESD dan sikap ESD memberi sumbangan yang signifkan ke atas tingkah laku ESD. Sebaliknya pengetahuan Program SLAAS memberi kesan yang signifikan secara tidak langsung jika melalui pengetahuan kandungan ESD dan sikap ESD ke atas tingkah laku ESD guru. Hasil ujian SEM membantu laluan pembentukan model kesedaran ESD. Justeru, model kesedaran ESD ini boleh dijadikan petunjuk dalam usaha mengubah dan meningkatkan kesedaran ESD. Penemuan kajian ini juga membuktikan Program SLAAS yang dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang lebih berjaya dan perlu diteruskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai satu Indeks Prestasi Utama (KP1) yang memberi kesan langsung terhadap usaha meningkatkan kesedaran dan komitmen ESD warga sekolah.