Sumbangan input-persekitaran terhadap pencapaian mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sebab-sebab pelajar memilih mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan faktor-faktor Input-Persekitaran yang menyumbang kepada pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dileng...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kuan, Hee Pit
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2397
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menentukan sebab-sebab pelajar memilih mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan faktor-faktor Input-Persekitaran yang menyumbang kepada pencapaian dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Pantai Barat Sabah. Penyelidik membuat tinjauan melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 325 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dari tujuh buah sekolah di daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Papar. Hasil analisis mendapati bahawa majoriti pelajar memilih mata pelajaran ini kerana minat dan aturan sekolah. Terdapat hubungan signifikan positif yang kuat antara ketujuh-tujuh pemboleh ubah bebas yang dikaji dengan pencapaian Prinsip Perakaunan. Namun begitu, hanya pemboleh ubah kualiti usaha, interaksi dengan guru, interaksi dengan rakan, sumber pengajaran, serta pemboleh ubah dummy Bahasa Melayu (BM) Penilaian Menengah Rendah (PMR) gred C dan D (BM A vs BM CD) menyumbang kepada pencapaian Prinsip Perakaunan. Kajian mengesyorkan bahawa penekanan pencapaian Bahasa Melayu PMR sebagai kriteria yang dipertimbangkan dalam penawaran pakej elektif Prinsip Perakaunan kepada para pelajar tingkatan empat dan penekanan terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian mata pelajaran tersebut.