Evolusi emosi novel Zaharah Nawawi
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2404 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk menganalisis evolusi emosi penulisan novel-novel Zaharah Nawawi (ZN). Proses menganalisis novel menggunakan Pendekatan Eklektik yang menggabungkan Teori Rasa Fenomenologi Sohaimi Abdul Aziz dan Teori Psikoanalisis Sigmund Freud. Kajian ini menggabungkan kedua-dua teori ini bagi menganalisis emosi pengarang, emosi karya dan emosi pembaca untuk mencapai kenikmatan sebagai pembaca (juga pengkaji) yang dapat mengesan rasa karya. Teks-teks yang dipilih sebagai data kajian merupakan novel-novel yang dihasilkan oleh Zaharah Nawawi iaitu Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972), Jalur Sinar di Celah Daun (1982), Pesisir Hitam (1985), Menuju ke Puncak (1987), Selamat Datang Adzie Farahah (1988), Anugerah (1995), Hujan Sudah Teduh (2004), Haruman Kencana (2007) serta Bulan dan Mentari (2008). Dapatan kajian menunjukkan evolusi emosi novel ZN mempunyai korelatif objektif yang berasosiasi antara satu novel dengan novel yang lain. Pemilihan korelatif objektif oleh ZN merupakan isu penting di dalam negara dan di antarabangsa. Hasil analisis membuktikan pada peringkat pengkonkritan estetik dengan dibantu oleh unsur-unsur intertekstualiti, neurosis menyebabkan evolusi emosi dalaman watak mengalami ketidakseimbangan emosi dalam aspek id, ego dan superego. Ketidakseimbangan ini menyebabkan tindak balas emosi luaran yang dikenali tindakan helah bela diri seperti sublimasi, rasionalisasi, agresi, reaksi, penyangkalan dan represi. Proses pada peringkat pengkonkritan estetik memperluas analisis evolusi emosi novel untuk meningkatkan kesan emosi pembaca bagi mencapai rasa karya. Pengadilan estetik pula berlaku proses penilaian semula oleh pembaca dengan memasukkan unsur-unsur pada peringkat praestetik dan pengkonkritan estetik. Perbincangan analisis pada peringkat ini mendapati emosi-emosi yang berkaitan dengan emosi orang Melayu terdapat dalam kajian ini seperti emosi dendam, dengki, malu dan simpati. Hal ini demikian kerana ZN mengambil latar belakang kehidupan orang Melayu yang digambarkan melalui watak dan perwatakan orang Melayu menerusi karyanya. Penemuan ini menunjukkan penggabungan kedua-dua teori memperluas evolusi emosi dan mengidentifikasikan rasa karya ZN kepada rasa dahsyat, rasa duka, rasa berang, rasa kagum, rasa lucu, rasa berahi, rasa benci dan rasa wira. Maka, implikasi kajian, kerangka teori pengkaji dapat menjadi rujukan pengkritik kesusasteraan Melayu khususnya dalam kajian emosi novel Melayu. |
---|