Transformasi motif blok batik Samasa dari tahun 1960 hingga 2009 (IR)

Kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang transformasi yang berlaku ke atas motif blok batik Samasa Batik dari tahun 1960an hingga 2009. Batasan kajian hanya tertumpu kepada motif blok batik SAMASA Batik yang bertempat di kampung Puteh Kota Bharu. Terdapat empat aspek pentin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khalijah Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2405
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dihasilkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang transformasi yang berlaku ke atas motif blok batik Samasa Batik dari tahun 1960an hingga 2009. Batasan kajian hanya tertumpu kepada motif blok batik SAMASA Batik yang bertempat di kampung Puteh Kota Bharu. Terdapat empat aspek penting menjadi tumpuan kajian iaitu pengaruh terhadap penciptaan motif, transformasi motif, gaya olahan dan membangunkan dokumen sejarah blok batik SAMASA. Teori kebudayaan (Geertz, 1973) dan konsep seni rupa Melayu (Syed Ahmad Jamal, 1992) diaplikasikan serta dijadikan sebagai panduan semasa proses pengumpulan dan analisis data dijalankan. Secara keseluruhannya kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menerusi kaedah pengkajian sejarah yang bersifat deskriptif. Tiga teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini iaitu teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaedah pengumpulan data kajian, melibatkan dua sumber bahan, iaitu sumber primer ( temu bual dan artifak) dan sumber sekunder (bahan teks). Bahan artifak terdiri daripada 1289 buah blok telah melalui proses saringan. Kajian ini melibatkan 23 orang informan yang dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Pemilihan sampel bermaklumat ini dibuat secara teknik 'snowballing'. Analisis tipologi digunakan untuk mengklasifikasikan data kajian iaitu berasaskan kepada jenis dan kategori. Analisis ini juga diaplikasikan bertujuan melihat proses transformasi pada setiap kategori motif dari tahun 1960 hingga 2009. Antara hasil kajian yang diperoleh, terdapatnya pengaruh tertentu yang menyebabkan berlakunya proses transformasi ke atas motif blok batik SAMASA. Hasil transformasi telah mempelbagaikan reka corak motif batik blok keluaran SAMASA. Penciptaan motif blok SAMASA merujuk kepada sumber motif daripada kategori yang berbeza. Kesan daripada proses transformasi telah berjaya mengekalkan kedudukan SAMASA dalam pasaran. Usaha SAMASA dalam mewujudkan identiti (trademark) sendiri telah menjadi penyebab kepada berlakunya perubahan terhadap gaya dan olahan motif. Kajian ini juga turut mendokumentasikan bahan sejarah SAMASA secara terperinci yang meliputi, kronologi penciptaan blok, tokoh, bahan, jenis-jenis blok dan catatan tahun-tahun penting berkaitan.