Analisis kefahaman numerasi murid sekolah rendah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peringkat kefahaman numerasi murid Tahun Empat berasaskan Model Kritikal Numerasi. Empat peringkat dalam Model Peringkat Kefahaman Numerasi (MPKN) yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pentafsiran kod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Responden...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Siti Rahaimah Ali
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2014
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2432
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peringkat kefahaman numerasi murid Tahun Empat berasaskan Model Kritikal Numerasi. Empat peringkat dalam Model Peringkat Kefahaman Numerasi (MPKN) yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah pentafsiran kod, pemerolehan pengetahuan, aplikasi dan analisis. Responden kajian terdiri daripada enam orang murid Tahun Empat dipilih berdasarkan keputusan ujian matematik bulanan iaitu dua orang bagi setiap tahap; cemerlang, sederhana dan lemah. Kajian ini rncnggunakan rcka bentuk kualitatif di mana temu duga dijalankan bagi mengumpul data. Siri temu duga mengandungi lima tugasan telah diberikan bagi menentukan pcringkat kefahaman numerasi responden. Hasil kajian mendapati, seorang murid bcrada pada peringkat aplikasi iaitu dapat menyelesaikan semua aktiviti pembelajaran yang melibatkan konsep dan fakta matematik, memilih dan menentukan prosedur serta bcrkemampuan memberi alasan pada setiap jawapan yang diberikan. Tiga orang murid berada di peringkat pemerolehan pengetahuan. Keupayaan murid di peringkat ini ialah dapat menghuraikan fakta asas, menjelaskan, mendefinisikan dan merumuskan operasi yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Selebihnya adalah murid yang bcrada di pcringkat pcntafsiran kod, di mana pada peringkat ini mereka dapat membaca, mcmaharni, mcnyatakan terminologi matematik, menyenaraikan istilah, mengenal pasti konsep matematik, menggambarkan dan melukis idea-idea utama serta dapat mewakilkannya dalam bentuk rajah berdasarkan model MPKN. Hasil kajian juga mendapati terdapat empat kesilapan utama yang berjaya dikesan melalui aplikasi MPKN iaitu tidak memahami so alan, kegagalan membuat transforrnasi, kesilapan kemahiran proses dan kecuaian. Kesimpulannya, MPKN mampu mengenal pasti peringkat kefahaman numerasi dan mengesan kesilapan murid. Kajian ini juga memberi implikasi terhadap keperluan penambahbaikan kaedah penilaian kefahaman numerasi dalam kalangan murid di sekolah rendah melalui MPKN.