Kesan penggunaan Google Earth dalam pembelajaran peta mata pelajaran Geografi (IR)

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth dalam pembelajaran peta geografi. Kerangka visualisasi penjelajahan untuk kajian ini diubahsuai daripada model pemprosesan maklumat Ormand, dan Model Visualisasi Penjelajahan. Visualisasi pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mastura Osman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2438
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth dalam pembelajaran peta geografi. Kerangka visualisasi penjelajahan untuk kajian ini diubahsuai daripada model pemprosesan maklumat Ormand, dan Model Visualisasi Penjelajahan. Visualisasi penjelajahan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: i)visual kognitif memori (VKM), ii)visual kognitif imageri (VKI) dan iii)visual kognitif pengetahuan (VKP). Pendekatan kajian pra-eksperimen dengan reka bentuk satu kumpulan ujian pra dan ujian pos telah digunakan bagi menilai kesan pencapaian pelajar. Sampel kajian adalah terdiri daripada 71 orang pelajar sekolah menengah di dua buah sekolah di daerah Gombak, Selangor. Hasil analisis ujian-T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan bagi visual kognitif memori(VKM) dan visual kognitif pengetahuan (VKP). Walau bagaimanapun, hasil analisis ini juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi visual kognitif imageri (VKI). Kesimpulannya, hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa visualisasi penjelajahan dengan menggunakan Google Earth mempunyai potensi bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran peta geografi. Oleh yang demikian, adalah disyorkan supaya penggunaan Google Earth diintegrasikan dalam pembelajaran mata pelajaran Geografi terutama dalam pembelajaran peta kerana ia dapat menyumbang kesan yang positif dalam pencapaian pelajar.