Hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik dalam kalangan murid tingkatan empat (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran yang dominan, serta hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian kuantitatif deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzana Ayob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2440
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran yang dominan, serta hubungan antara kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian kuantitatif deskriptif ini menggunakan kaedah tinjauan dan korelasi. Seramai 351 murid tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang terlibat dalam kajian ini. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan ujian. Kemahiran penaakulan saintifik, gaya pembelajaran dan pencapaian matematik masing-masing diukur menggunakan Ujian Kemahiran Penaakulan Saintifik, Soal Selidik Gaya Pembelajaran dan Ujian Pencapaian Matematik. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran penaakulan saintifik dalam kalangan kebanyakan murid berada pada tahap operasi konkrit (Min= 1. 76, S.P=1.55). Murid juga didapati mempunyai tahap kemahiran penaakulan saintifik yang berbeza berdasarkan pakej aliran dan kaum, tetapi tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran penaakulan saintifik antara murid lelaki dan perempuan. Pencapaian matematik murid juga adalah berbeza bagi setiap tahap kemahiran penaakulan saintifik dan pakej aliran tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina dan kaum. Selain itu, terdapat kesan interaksi antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dan pakej aliran terhadap pencapaian matematik. Gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan murid adalah dimensi aktivis dan reflektif. Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran murid berdasarkan pakej aliran, jantina dan kaum. Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana dan signifikan antara tahap kemahiran penaakulan saintifik dengan pencapaian matematik murid dan terdapat juga hubungan positif yang amat lemah dan signifikan bagi beberapa dimensi gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik. Walau bagaimanapun, dapatan juga menunjukkan wujud -hubungan yang tidak signifikan antara gaya pembelajaran dengan tahap kemahiran penaakulan saintifik. Implikasi hasil kajian ini boleh digunakan sebagai penanda aras tahap kemahiran penaakulan saintifik murid sekolah menengah.