Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pedagogi Guru Prasekolah Permulaan (GPP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pedagogi GPP berdasarkan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran serta membina deskripsi amalan pedagogi. Kajian ini merupakan sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Halim Masnan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2450
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pedagogi Guru Prasekolah Permulaan (GPP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pedagogi GPP berdasarkan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran serta membina deskripsi amalan pedagogi. Kajian ini merupakan satu kajian kes dengan melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap empat orang GPP. Pemerhatian bagi setiap GPP adalah melibatkan pelaksanaan aktiviti pengajaran, iaitu sebanyak tiga kali melalui catatan pemerhatian dan rakaman video. Pengkaji juga melaksanakan kaedah temu bual dan rakaman audio bagi mengenal pasti pandangan GPP berkenaan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran. Analisis dokumen pula melibatkan persediaan rancangan pengajaran harian (RPH). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek pengetahuan persediaan pengajaran yang dikenal pasti, iaitu i) hasil pembelajaran (isi kandungan dan amalan bersesuaian perkembangan), ii) persediaan alat bantu mengajar (faktor pemilihan dan pengurusan persediaan) dan iii) persediaan RPH (panduan KSPK dan perkembangan murid). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek kemahiran pelaksanaan pengajaran yang dikenal pasti, iaitu i) pendekatan pengajaran, (bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran berpusatkan murid dan guru, penggunaan teknologi maklumat, dan pembelajaran masteri), ii) teknik penyampaian (jelas/berfokus, penguasaan Bahasa Inggeris, dan pengajaran secara berulang kali) dan iii) pengurusan kelas (pengurusan murid dan pengurusan masa pengajaran). Berdasarkan dapatan kajian, amalan pengetahuan persediaan pengajaran GPP yang cemerlang adalah seperti berikut: penguasaan dalam isi kandungan tunjang Komunikasi dan tunjang Sains dan Teknologi, pengurusan aktiviti pengajaran dan alat bantu mengajar yang menarik (maujud dan bukan maujud) serta persediaan RPH yang ringkas. Sementara itu, amalan pelaksanaan pengajaran GPP yang cemerlang adalah seperti berikut: i) menggabungkan dua atau tiga komponen melalui pendekatan bertema dan belajar melalui bermain, ii) pembelajaran berkesan berpusatkan murid dan berpusatkan guru, iii) pengajaran yang menarik dengan berbantukan komputer riba, iv) pendekatan masteri dalam kemahiran membaca/menulis, v) berkemahiran dalam aktiviti tertentu (ekperimen, bahan kreativiti, main peranan dan nyanyian), vi) penyampaian komponen BI melalui komunikasi dan pergerakan badan, vii) pengajaran bacaan secara berulang kali melalui lisan dan nyanyian, serta viii) kawalan murid berdasarkan jadual waktu pengajaran. Sehubungan dengan itu, deskripsi amalan pedagogi guru prasekolah permulaan ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada bakal guru dan guru baru dalam pemilihan aktiviti pengajaran yang berkesan, persediaan RPH dan alat bantu mengajar yang menarik, serta pelaksanaan pendekatan mengajar mengikut masa dan amalan bersesuaian dengan perkembangan