Sosialisasi melalui kurikulum tersembunyi di sebuah sekolah dalam membentuk tingkah laku pelajar (IR)
Kajian ini bertujuan untuk melihat peraturan-peraturan sekolah sebagai satu aspek kurikulum tersembunyi yang terdapat dalam sistem persekolahan. Kajian ini mengenal pasti peraturan-peraturan yang diamalkan di sekolah, meneroka pandangan pelajar tentang peraturan-peraturan yang diamalkan dan meneroka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=252 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat peraturan-peraturan sekolah sebagai satu aspek kurikulum tersembunyi yang terdapat dalam sistem persekolahan. Kajian ini mengenal pasti peraturan-peraturan yang diamalkan di sekolah, meneroka pandangan pelajar tentang peraturan-peraturan yang diamalkan dan meneroka irnplikasi kurikulum tersernbunyi rnelalui peraturan-peraturan sekolah dalam pernbentukan tingkah laku pelajar. Kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan. Teknik-teknik pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen, pernerhatian dan ternu bual. Persampelan bertujuan digunakan untuk termubual. Senarai semak digunakan bagi mengukuhkan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati peraturan-peraturan sekolah memperlihatkan unsur-unsur kurikulum tersembunyi wujud dan membantu dalam proses sosialisasi pelajar. Kajian ini juga menunjukkan keberkesanan sekolah sebagai agen sosialisasi yang penting dalam pemupukan tingkah laku sepanjang tempoh persekolahan. Di samping itu, pengalaman sosialisasi pelajar melalui kurikulum tersembunyi penting kerana penerapan nilai-nilai sosial dan tingkah laku yang baik memberi kesan kepada kehidupan masa depan pelajar-pelajar. Ia juga menunjukkan sistem pendidikan melaksanakan fungsi integratif dan regulatif dengan cara menyerapkan nilai-nilai dan norma norma melalui kurikulum tersembunyi dalam peraturan-peraturan sekolah. Dirumuskan bahawa sistem pembelajaran yang sempurna yang memberi penekanan kepada kurikulum tersembunyi dapat mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah dan guru memainkan peranan dalam pelaksanaan kurikulum tersembunyi secara berkesan dan memastikan setiap pelajar mematuhi setiap peraturan sekolah yang ditetapkan. |
---|