Pengaruh kecerdasan emosi dan personaliti terhadap pencapalan akademik pelajar sekolah menengah (IR)

Kajian ini bertujuan menguji pengaruh kecerdasan emosi dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Kecerdasan emosi terdiri daripada lima konstruk iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, motivasi, empati dan kemahiran sosial. Faktor personaliti pula terdiri daripada e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Akma Abd. Hamid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2569
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menguji pengaruh kecerdasan emosi dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Kecerdasan emosi terdiri daripada lima konstruk iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, motivasi, empati dan kemahiran sosial. Faktor personaliti pula terdiri daripada ekstrovert, kerisauan, pemikiran tegas, tidak bergantung dan kawalan kendiri. Faktor demografi dalam kajian ini terdiri daripada jantina dan lokasi sekolah. Kajian ini menggunakan soal selidik kecerdasan emosi yang diubah suai dan dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan teori Goleman. Soal selidik personaliti menggunakan "The Sixteen Personality Factor Questionnaire (J 6FP) " oleh Cattell. Subjek kajian ini seramai 435 pelajar tingkatan empat iaitu 210 lelaki dan 225 perempuan. Data kajian dianalisis menggunakan ujian korelasi Pearson, ujian regrasi berganda (stepwise), MANOVA dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dan konstruk kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik. Faktor personaliti pula menunjukkan empat faktor signifikan dengan pencapaian akademik iaitu faktor kerisauan, faktor pemikiran tegas, faktor tidak bergantung dan faktor kawalan kendiri. Analisis regrasi berganda menunjukkan hanya faktor tidak bergantung dan kemahiran sosial signifikan dengan pencapaian akademik. Analisis ujian MANOVA menunjukkan jantina dan lokasi sekolah memberi kesan terhadap kecerdasan emosi dan faktor personaliti. Hasil daripada kajian ini mendapati pelajar perempuan mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Lokasi sekolah pula menunjukkan pelajar yang bersekolah di bandar mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi berbanding pelajar yang bersekolah di luar bandar. Faktor-faktor personaliti pula menunjukkan terdapat lima faktor signifikan dengan jantina pelajar dan tiga faktor signifikan dengan lokasi sekolah.