Wacana komunikasi dalam al-Qur'an: satu analisis terhadap dialog dua hala (IR)

Kajian analisis dokumen secara deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis dialog dua hala al-Qur'an dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian ini ialah 179 dialog dua hala al-Qur'an. Data dianalisis dengan menggunakan perisian N'Vivo berasaskan kerangka an...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Abdul Nasir Abd. Latif
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=262
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian analisis dokumen secara deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis dialog dua hala al-Qur'an dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian ini ialah 179 dialog dua hala al-Qur'an. Data dianalisis dengan menggunakan perisian N'Vivo berasaskan kerangka analisis wacana yang dikemukakan oleh van Dijk (1998). Analisis melibatkan tiga struktur iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Dapatan analisis struktur makro menunjukkan ayat dialog mempunyai tiga tema utama. Tema pertama tenia fitrah kejadian manusia yang meliputi asal kejadian manusia dan sifat-sifat kemanusiaan. Tema kedua tema akidah yang meliputi Islam, Iman dan Tauhid. Tema ketiga pula tema persoalan-persoalan fiqh. Dapatan analisis superstruktur menunjukkan ayat dialog banyak terdapat dalam surah panjang yang tidak membincangkan hukum fardu dan dalam surah makkiyyah. Pemilihan pekata dialog pula mewakili seluruh makhluk, manakala struktur dialog pula terdiri daripada permulaan, perkembangan dan peleraian. Pengulangan Ayat dialog dikenal pasti berlaku menerusi pengulangan peristiwa, ayat dialog dan hujah, Dapatan analisis struktur mikro pula menunjukkan ayat-ayat dialog terbina berdasarkan ilmu al-Ma 'anl al-Baydn dan alBad!'. Dalam konteks ilmu al-Ma 'an!, ayat dialog terbina berasaskan ayat al-Khabar dan al-Inshii' serta gaya bahasa al-Taqdim dan al-Ta'khir, al-J}iiz, al-Itnsb dan al-Iltifst. Dalam konteks ilmu al-Bayiin, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al-Kinayah, al-Majiiz, al-Isti'srah dan al-Taniisub al-Bayiin]: Manakala dalam konteks ilmu al-Badi pula, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al- Iibiiq dan Uslilb al-Hakim. Elemen-elemen yang terhasil daripada dapatan analisis ketiga-tiga struktur tersebut telah menghasilkan kerangka-kerangka asas bagi pembinaan Model Dialog Dua Hala alQur'an (MDHQ) yang dikemukakan dalam kajian ini.