Wacana komunikasi dalam al-Qur'an: satu analisis terhadap dialog dua hala (IR)

Kajian analisis dokumen secara deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis dialog dua hala al-Qur'an dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian ini ialah 179 dialog dua hala al-Qur'an. Data dianalisis dengan menggunakan perisian N'Vivo berasaskan kerangka an...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Abdul Nasir Abd. Latif
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2014
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=262
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian analisis dokumen secara deskriptif ini bertujuan untuk menganalisis dialog dua hala al-Qur'an dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Data kajian ini ialah 179 dialog dua hala al-Qur'an. Data dianalisis dengan menggunakan perisian N'Vivo berasaskan kerangka analisis wacana yang dikemukakan oleh van Dijk (1998). Analisis melibatkan tiga struktur iaitu struktur makro, superstruktur dan struktur mikro. Dapatan analisis struktur makro menunjukkan ayat dialog mempunyai tiga tema utama. Tema pertama tenia fitrah kejadian manusia yang meliputi asal kejadian manusia dan sifat-sifat kemanusiaan. Tema kedua tema akidah yang meliputi Islam, Iman dan Tauhid. Tema ketiga pula tema persoalan-persoalan fiqh. Dapatan analisis superstruktur menunjukkan ayat dialog banyak terdapat dalam surah panjang yang tidak membincangkan hukum fardu dan dalam surah makkiyyah. Pemilihan pekata dialog pula mewakili seluruh makhluk, manakala struktur dialog pula terdiri daripada permulaan, perkembangan dan peleraian. Pengulangan Ayat dialog dikenal pasti berlaku menerusi pengulangan peristiwa, ayat dialog dan hujah, Dapatan analisis struktur mikro pula menunjukkan ayat-ayat dialog terbina berdasarkan ilmu al-Ma 'anl al-Baydn dan alBad!'. Dalam konteks ilmu al-Ma 'an!, ayat dialog terbina berasaskan ayat al-Khabar dan al-Inshii' serta gaya bahasa al-Taqdim dan al-Ta'khir, al-J}iiz, al-Itnsb dan al-Iltifst. Dalam konteks ilmu al-Bayiin, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al-Kinayah, al-Majiiz, al-Isti'srah dan al-Taniisub al-Bayiin]: Manakala dalam konteks ilmu al-Badi pula, ayat dialog terbina berdasarkan gaya bahasa al- Iibiiq dan Uslilb al-Hakim. Elemen-elemen yang terhasil daripada dapatan analisis ketiga-tiga struktur tersebut telah menghasilkan kerangka-kerangka asas bagi pembinaan Model Dialog Dua Hala alQur'an (MDHQ) yang dikemukakan dalam kajian ini.