Pendidikan sosiobudaya dalam konteks pengembangan dan pengekalan kraf tekat di daerah Kuala Kangsar (IR)

Kajian ini menghuraikan tentang pembelajaran sosio-budaya dalam kraf tekat di daerah Kuala Kangsar. Tekat adalah kraf jahitan sulaman Melayu yang sangat indah. Penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif, termasuk menemu bual Adiguru, menganalisis hasil karyanya, mengkaji dokumen sokongan dan memerha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hanim Mohd Nawawi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=263
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menghuraikan tentang pembelajaran sosio-budaya dalam kraf tekat di daerah Kuala Kangsar. Tekat adalah kraf jahitan sulaman Melayu yang sangat indah. Penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif, termasuk menemu bual Adiguru, menganalisis hasil karyanya, mengkaji dokumen sokongan dan memerhati proses pembelajaran dalam bengkel. Kajian ini juga menemu bual anak-anak, cucu-cucu dan pembantu-pembantu kepada Adiguru. Hasil dapatan menunjukkan pemerhatian, peniruan, dan pengulangan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran kraf tekat. Bentuk-bentuk tekat tradisi boleh dikekalkan dan kemudian diubah kepada reka bentuk moden. Kemahiran pembuatan tangan diturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Walau bagaimana pun mesin sulaman terkini juga digunakan. Kesimpulannya, kekuatan kraf tekat ini terletak pada cara amalan masa kini. Kajian ini menjadi contoh amalan kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang menghubungkan warisan tradisi melalui pengetahuan dan pengalaman Adiguru untuk mengekalkan budaya tradisi identiti bangsa dan budaya dalam Pendidikan Seni Visual.