Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)

Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memberi definisi dan konsep yang lebih jelas untuk kemahiran insaniah daripada sudut pandangan yang pelbagai. Pandangan daripada graduan, orang awam selaku pelanggan perkhidmatan, majikan yang mengambil pekerja, universiti yang menawarkan kursus dan tokoh in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Marniyati Mohd Nor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2631
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id oai:ir.upsi.edu.my:2631
record_format uketd_dc
spelling oai:ir.upsi.edu.my:26312020-02-27 Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR) 2012 Marniyati Mohd Nor BF Psychology Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memberi definisi dan konsep yang lebih jelas untuk kemahiran insaniah daripada sudut pandangan yang pelbagai. Pandangan daripada graduan, orang awam selaku pelanggan perkhidmatan, majikan yang mengambil pekerja, universiti yang menawarkan kursus dan tokoh informan yang sudah mencapai kejayaan harus diambil kira bagi mendapatkan tafsiran yang tepat terhadap kemahiran insaniah. Penyelidikan ini juga cuba mengenal pasti unsur-unsur kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan graduan untuk diterapkan dalam sukatan pelajaran di IPT. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk penyelidikan deskriptif. Kaedah tinjauan digunakan bagi mendapat maklumat keseluruhan berkaitan sesebuah situasi yang khusus melibatkan bidang kemahiran insaniah. Dua jenis tinjauan digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini, iaitu kajian rentas dan kajian panel pakar. Lima kelompok responden dilibatkan sebagai populasi iaitu graduan, universiti, firma, tokoh informan dan orang awam. Kesemuanya adalah kelompok yang berkepentingan dan berkait rapat dalam mencari pengertian dan pengisian sebenar kemahiran insaniah. Tiga alat utama digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Semua data majikan, universiti, graduan, orang awam, tokoh informan dan juga data daripada bahan bacaan yang dikumpul kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu kumpulan pengamal kemahiran insaniah yang terdiri daripada majikan dan tokoh informan, kumpulan para pegawai yang mewakili universiti, graduan dan orang awam dan kumpulan bahan-bahan bacaan. Ketiga-tiga kumpulan ini kemudiannya dianalisis secara triangulasi, iaitu analisis daripada tiga perspektif yang berbeza. Bagi mendapatkan definisi kemahiran insaniah yang tepat, triangulasi digunakan pada setiap peringkat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran insaniah bukan sekadar kemahiran generik yang dapat dilihat secara fizikal melalui kemahiran interpersonal, tetapi juga terkandung dalam aspek kemanusiaan, kerohanian dan spiritual melalui kemahiran intrapersonal seseorang. Kemahiran insaniah juga merangkumi unsur-unsur yang boleh dilihat, diukur dan dinilai melalui percakapan, tindakan dan tingkah laku seseorang. Kemahiran insaniah terdiri daripada sikap dan kebolehan yang boleh dibina dan dibentuk menjadi personaliti dalam diri seseorang. 2012 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2631 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2631 text zsm closedAccess Doctoral Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Bahasa dan Komunikasi N/A
institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
collection UPSI Digital Repository
language zsm
topic BF Psychology
spellingShingle BF Psychology
Marniyati Mohd Nor
Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)
description Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memberi definisi dan konsep yang lebih jelas untuk kemahiran insaniah daripada sudut pandangan yang pelbagai. Pandangan daripada graduan, orang awam selaku pelanggan perkhidmatan, majikan yang mengambil pekerja, universiti yang menawarkan kursus dan tokoh informan yang sudah mencapai kejayaan harus diambil kira bagi mendapatkan tafsiran yang tepat terhadap kemahiran insaniah. Penyelidikan ini juga cuba mengenal pasti unsur-unsur kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan graduan untuk diterapkan dalam sukatan pelajaran di IPT. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk penyelidikan deskriptif. Kaedah tinjauan digunakan bagi mendapat maklumat keseluruhan berkaitan sesebuah situasi yang khusus melibatkan bidang kemahiran insaniah. Dua jenis tinjauan digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini, iaitu kajian rentas dan kajian panel pakar. Lima kelompok responden dilibatkan sebagai populasi iaitu graduan, universiti, firma, tokoh informan dan orang awam. Kesemuanya adalah kelompok yang berkepentingan dan berkait rapat dalam mencari pengertian dan pengisian sebenar kemahiran insaniah. Tiga alat utama digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Semua data majikan, universiti, graduan, orang awam, tokoh informan dan juga data daripada bahan bacaan yang dikumpul kemudiannya dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza, iaitu kumpulan pengamal kemahiran insaniah yang terdiri daripada majikan dan tokoh informan, kumpulan para pegawai yang mewakili universiti, graduan dan orang awam dan kumpulan bahan-bahan bacaan. Ketiga-tiga kumpulan ini kemudiannya dianalisis secara triangulasi, iaitu analisis daripada tiga perspektif yang berbeza. Bagi mendapatkan definisi kemahiran insaniah yang tepat, triangulasi digunakan pada setiap peringkat kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran insaniah bukan sekadar kemahiran generik yang dapat dilihat secara fizikal melalui kemahiran interpersonal, tetapi juga terkandung dalam aspek kemanusiaan, kerohanian dan spiritual melalui kemahiran intrapersonal seseorang. Kemahiran insaniah juga merangkumi unsur-unsur yang boleh dilihat, diukur dan dinilai melalui percakapan, tindakan dan tingkah laku seseorang. Kemahiran insaniah terdiri daripada sikap dan kebolehan yang boleh dibina dan dibentuk menjadi personaliti dalam diri seseorang.
format thesis
qualification_name
qualification_level Doctorate
author Marniyati Mohd Nor
author_facet Marniyati Mohd Nor
author_sort Marniyati Mohd Nor
title Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)
title_short Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)
title_full Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)
title_fullStr Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)
title_full_unstemmed Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (IR)
title_sort komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah (ir)
granting_institution Universiti Pendidikan Sultan Idris
granting_department Fakulti Bahasa dan Komunikasi
publishDate 2012
url https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2631
_version_ 1747833017990119424