Kejayaan perniagaan Khadijah Bint Khuwaylid analisis terhadap usahawan wanita kredit mikro di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) (IR)

Program Pembiayaan kredit mikro merupakan alat berkesan signifikan dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membasmi kemiskinan. Program ini menawarkan akses modal kepada usahawan berserta perkhidmatan tambahan lain yang diperlukan untuk pembangunan usahawan. Di Malaysia, program ini dit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fatimah Salwa Abd. Hadi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2639
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Pembiayaan kredit mikro merupakan alat berkesan signifikan dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membasmi kemiskinan. Program ini menawarkan akses modal kepada usahawan berserta perkhidmatan tambahan lain yang diperlukan untuk pembangunan usahawan. Di Malaysia, program ini ditawarkan oleh banyak pihak termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) selaku institusi perintis sejak tahun 1987. Institusi ini didapati telah berjaya merealisasikan objektif penubuhan berdasarkan statistik usahawan yang dilahirkan dengan sebilangan daripadanya bergelar jutawan. Berdasarkan pencapaian ini, maka objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan tersebut. Memandangkan pembiayaan AIM cenderung kepada usahawan wanita, maka faktor-faktor yang dikaji adalah berorientasikan faktor kejayaan pemiagaan Khadijah Bint Khuwaylid. Bagi mencapai objektif ini, seramai 415 orang usahawan wanita Muslim yang mendapat pembiayaan daripada AIM dipilih sebagai responden kajian. Kaedah borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data analisis hubungan kejayaan usahawan ini dengan faktor kejayaan perniagaan Khadijah. Dalam kajian ini, sebanyak 13 faktor kejayaan yang dikategorikan kepada faktor dalaman dan luaran diregresi terhadap dua pemboleh ubah kajian iaitu prestasi kewangan dan bukan kewangan. Hasil analisis kajian, terdapat 7 faktor yang menunjukkan hubungan positif dan signifikan yang mempengaruhi prestasi kewangan dan bukan kewangan usahawan kredit mikro. Faktor-faktor tersebut adalah amalan pengurusan, penglibatan keluarga, pengalaman lepas, pendidikan, penglibatan kerajaan, sumber modal dan usia perusahaan. Berdasarkan kategori faktor pula, kajian mendapati kedua-dua pemboleh ubah bersandar dipengaruhi oleh faktor luar berbanding dalaman iaitu sumber modal dan penglibatan kerajaan. Bagi faktor dalaman pula, usia perusahaan ditentukan sebagai faktor penting kepada prestasi kewangan manakala penglibatan keluarga bagi prestasi bukan kewangan. Selain daripada itu, kajian ini turut menunjukkan bahawa status usahawan mempengaruhi kedua-dua pemboleh ubah kajian. Hasil ujian mendapati bahawa status usahawan yang bersuami mempunyai prestasi yang lebih baik daripada ibu tunggal. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan turut diketengahkan berserta batasan kajian yang mengandungi prospek penyelidikan yang boleh dijalankan pada masa akan datang.