Personaliti dan cara gaya belajar pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera di sekolah menengah (IR)

Kajian ini mengkaji personaliti dan cara gaya belajar pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera di sekolah menengah. Kajian ini melibatkan seramai 247 orang pelajar dari aliran sains dan 355 orang pelajar dari aliran sastera dari lima buah sekolah yang berbeza di sekitar daerah Larut Matang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal Abidin Hadzir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2647
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji personaliti dan cara gaya belajar pelajar tingkatan empat aliran sains dan sastera di sekolah menengah. Kajian ini melibatkan seramai 247 orang pelajar dari aliran sains dan 355 orang pelajar dari aliran sastera dari lima buah sekolah yang berbeza di sekitar daerah Larut Matang dan Selama. Kajian ini berbentuk deskriptif dan inferensi. Bagi mengukur personaliti pelajar, ujian EPQ dengan 21 item skala ekstrovert-introvert digunakan. Instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn digunakan. Lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang digunakan adalah kategori persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal. Dapatan kajian mendapati, sebahagian besar pelajar daripada aliran sains (76.11%) adalah berpersonaliti extrovert. Bagi aliran sastera, bilangan pelajar yang menunjukkan personaliti extrovert dan introvert tidak menunjukkan perbezaan yang besar, 46.48 peratus berpersonaliti extrovert dan 53.52 peratus berpersonaliti introvert. Bagi gaya pembelajaran pelajar, statistik deskriptif menunjukkan, gaya pembelajaran aspek emosional adalah merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan bagi kedua-dua aliran sains dan sastera. Ujian-t menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan bagi personaliti ekstrovert-introvert dengan gaya pembelajaran bagi aspek emosional (p=0.030;p=0.020), sosiologikal (p=0.045;p=0.022), fizikal (p=0.000;p=0.001) dan psikologikal (p=0.037;p=0.006) bagi kedua-dua aliran sains dan sastera. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan.