Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain: satu kajian kes di sebuah prasekolah (IR)

Kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak prasekolah berdasarkan tiga objektif utama iaitu untuk mengenal pasti aspek kemahiran sosial yang diperolehi kanak-kanak semasa bermain, untuk mengenal pasti tahap kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain dan untuk meneliti pandangan ibu bapa terhadap ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaslinah Makantal
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2649
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan terhadap kanak-kanak prasekolah berdasarkan tiga objektif utama iaitu untuk mengenal pasti aspek kemahiran sosial yang diperolehi kanak-kanak semasa bermain, untuk mengenal pasti tahap kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain dan untuk meneliti pandangan ibu bapa terhadap kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk kualitatif. Sampel kajian adalah seramai enam kanak-kanak berumur enam tahun yang terdiri daripada tiga kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan. Seramai dua guru dan dua ibu bapa juga terlibat dalam kajian ini. Kajian melibatkan pemerhatian berstruktur untuk mengenal pasti aspek dan tahap kemahiran sosial kanak-kanak semasa bermain. Temu bual semi berstruktur juga digunakan bagi meneliti pandangan guru dan ibu bapa berkaitan kemahiran sosial yang diperolehi kanak-kanak semasa bermain. Selain itu, kaedah analisis dokumen digunakan bagi menyokong dan melengkapkan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual. Analisis data secara kualitatif berbentuk deskriptif digunakan dalam kajian ini di mana data dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kajian hanya menumpukan kepada lima aspek kemahiran sosial kanak-kanak iaitu kemahiran bangga dengan kejayaan, kemahiran melakukan apa yang diharap, kemahiran bekerjasama, kemahiran persahabatan dan kemahiran berdikari. Kemahiran-kemahiran sosial ini dikategorikan kepada tiga tahap iaitu baik, sederhana dan lemah. Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kes demi kes iaitu berdasarkan dapatan terhadap keenam-enam orang kanak-kanak tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berupaya memperolehi kelima-lima aspek kemahiran sosial semasa bermain. Kemahiran bangga dengan kejayaan, melakukan apa yang diharap, bekerjasama dan persahabatan berada pada tahap baik, hanya terdapat satu kemahiran sosial sahaja berada pada tahap sederhana iaitu kemahiran berdikari.Guru dan ibu bapa pula menunjukkan pandangan positif terhadap kemahiran sosial yang mampu diperolehi oleh kanak-kanak semasa bermain. Keseluruhannya, kajian ini memberi gambaran jelas kepentingan aktiviti bermain dalam merangsang kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah. Kajian merumuskan bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran bermain perlu diberi perhatian serius pada peringkat prasekolah.