Kesan bimbingan kelompok Modul Mari Bersyukur terhadap penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar ponteng (IR)

Kajian ini dijalankan untuk mengesan respon idaman sosial daripada respon-respon yang berbeza. Selain itu, kajian ini juga memeriksa item dan dimensi-dimensi personaliti yang mudah terjejas kepada kebolehinginan sosial. Dalam kajian eksperimental ini, 521 pelajar sekolah diuji dengan borang soal-sel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faridah Din
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2652
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengesan respon idaman sosial daripada respon-respon yang berbeza. Selain itu, kajian ini juga memeriksa item dan dimensi-dimensi personaliti yang mudah terjejas kepada kebolehinginan sosial. Dalam kajian eksperimental ini, 521 pelajar sekolah diuji dengan borang soal-selidik International Personality Item Pool (IPIP) sebanyak dua kali di bawah arahan menjawab secara jujur dan dengan kebolehinginan sosial. Respon-respon dari pentadbiran pertama diklasifikasikan sebagai kumpulan jujur dan respon-respon dari pentadbiran kedua dikategorikan sebagai kumpulan kebolehinginan so sial. Kepincangan skor respon dari min dan analisis keserasian digunakan untuk mengesan respon idaman sosial.Keberbezaan fungsi ujian diaplikasikan dalam mengenal pasti item-item yang cenderung untuk kebolehinginan sosial. Analisa diteruskan dengan keberbezaan fungsi ujian untuk memeriksa kesan keberbezaan fungsi item pada keseluruhan ujian dan pada dimensi-dimensi personaliti yang ditaksir. Keberbezaan fungsi langkah diaplikasikan untuk mengenal pasti kategori respon yang menyumbang kepada keberbezaan fungsi item. Kajian ini juga menjalankan analisa faktor dan lengkuk fungsi informasi ujian untuk memeriksa dimensi-dimensi personaliti yang rentan untuk kebolehinginan sosial. Kumpulan kebolehinginan sosial melaporkan taburan skor yang tinggi pada dua sisihan piawai di atas min. Bersamaan dengan itu, kumpulan kebolehinginan so sial menggambarkan peratusan respon yang tidak padan dengan modal Rasch pada nilai 2.0 logits lebih tinggi berbanding kumpulan jujur. Perbandingan struktur-struktur faktor melaporkan perbezaan di antara kumpulan jujur dan kebolehinginan sosial. Lengkuk fungsi informasi ujian bagi dimensi keterbukaan menggambarkan perbezaan maklumat di antara kumpulan jujur dan kebolehinginan sosial. Enam item dikesan untuk keberbezaan fungsi item dan tiga daripada item tersebut mewakili dimensi keterbukaan. Kehadiran keperbezaan fungsi item meyebabkan perubahan dalam ujian personaliti dan dalam dimensi keterbukaan. Analisis keperbezaan fungsi langkah melaporkan kategori-kategori respon berfungsi secara berbeza mengikut item. Kajian menyimpulkan bahawa, sisihan skor yang besar dan respon yang tidak padan dalam inventori personaliti sebagai petunjuk kepada respon kebolehinginan sosial. Sementara itu, parameter kesukaran item yang rendah dan pemilihan kategori respon menggambarkan tanda-tanda kebolehinginan sosial. Lantarannya, proses penyaringan individu yang berpotensi menjawab dengan kebolehinginan sosial serta penyingkiran item-item yang cenderung ke arah kebolehinginan sosial mampu mengatasi masalah kebolehinginan sosial dalam ujian yang berkepentingan tinggi.