Metodologi pengajaran al-Quran sekolah menengah (IR)

Pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran merupakan antara faktor penting yang menentukan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat amalan pengajaran guru dalam pengajaran pendidikan al-Quran pendidikan Islam di sekolah menengah keban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Misnan Jemali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2656
Tags: Add Tag
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran merupakan antara faktor penting yang menentukan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran pendidikan Islam. Tujuan kajian ini ialah untuk melihat amalan pengajaran guru dalam pengajaran pendidikan al-Quran pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan harian di beberapa buah sekolah di negeri Perak. Enam aspek yang dikaji dalam pengajaran guru ialah set induksi, ABM, pengajaran tilawah, ayat kefahaman, tahfiz al-Quran dan sahsiah guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri dari 2116 pelajar dan 96 orang guru di sekolah-sekolah negeri Perak. Data dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS untuk menentukan kerelasi intra dan antara amalan pengajaran al-Quran dengan pencapaian akademik serta ujian-t untuk melihat perbezaan amalan pengajaran mengikut guru dan pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan antara pengajaran tilawah, ayat kefahaman dan hafazan mempunyai hubungan yang kuat dalam menentukan pencapaian mata pelajaran pendidikan Islam dalam peperiksaan PMR dan ujian khas. Implikasi kajian ini kepada universiti, sekolah, para pensyarah, guru dan pelajar khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran turut dibincangkan.