Peranan teknik vokal dalam persembahan nasyid kontemporari di sekolah (IR)

Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pelajar yang terlibat aktif dalam persembahan nasyid di dua buah sekolah. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan(Agama) Lati, Pasir Mas, Kelantan yang mana pasukan int begitu aktif dan mempunyai potensi di dalam persembahan nas...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Shaipuddin Muhammad
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2009
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2660
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini dijalankan bagi mendapatkan maklumbalas daripada pelajar yang terlibat aktif dalam persembahan nasyid di dua buah sekolah. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan(Agama) Lati, Pasir Mas, Kelantan yang mana pasukan int begitu aktif dan mempunyai potensi di dalam persembahan nasyid. Kumpulan nasyid sekolah ini merupakan kumpulan yang sentiasa menjadi johan negeri Kelantan dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Satu lagi sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan yang mana pasukan sekolahnya juga mempunyai pasukan nasyid yang mampu memberi saingan kepada sekolah di daerah tersebut dan pernah mewakili negeri Kelantan dalam festival Nasyid Kebangsaan pada tahun 2005. Adakah program dan aktiviti yang dianjurkan dan dijalankan dengan menggunakan kaedah yang dinyatakan akan mampu mempertingkatkan tahap dan kualiti suara mereka dan apakah keberkesanan yang akan dapat dilihat dan dicapai oleh pasukan tersebut apabila menggunakan teknik dan kaedah yang disarankan. Jika la bertambah baik, bagaimana ia terjadi, apakah dorongan dan faktor yang menyebabkan mereka bertambah cemerlang atau seba/iknya. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah temubual dan pemerhatian. Walaupun dapatan kajian lni sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah golongan namun itulah hakikatnya bahawa teknik dan kaedah yang betul dan teratur serta dipraktikan akan mampu membuahkan hasil yang cemerlang.