Penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran di Kuala Lumpur dan Selangor (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran di Malaysia melibatkan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz aI Quran (KKQ) yang berdasarkan Model Penilaian CIPP Stufflebeam 2003. Kajian ini melibatkan 30 guru KKQ di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mazhair Shahroz Muhasip
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2014
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2662
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran di Malaysia melibatkan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz aI Quran (KKQ) yang berdasarkan Model Penilaian CIPP Stufflebeam 2003. Kajian ini melibatkan 30 guru KKQ di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta 130 orang pelajar tingkatan empat di Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Empat instrumen kajian telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan elemen penilaian konteks berada pada tahap tinggi (min=4.40, sp=0.17). Dapatan penilaian proses pula mendapati elemen strategi, penggunaan ABM dan kaedah penilaian berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.96, sp= 0.45) menurut persepsi guru dan tahap sederhana rendah (min=2.95, sp= 0.43) menurut persepsi pelajar. Dapatan penilaian produk berada pada tahap tinggi (min=4.11, sp=0.27) menurut persepsi guru dan sederhana tinggi (min=3.69, sp=0.46) menurut persepsi pelajar. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian tarannum berdasarkan latar belakang ibu bapa pelajar KKQ (P=0.047, p