Penilaian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran di Kuala Lumpur dan Selangor (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran di Malaysia melibatkan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz aI Quran (KKQ) yang berdasarkan Model Penilaian CIPP Stufflebeam 2003. Kajian ini melibatkan 30 guru KKQ di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mazhair Shahroz Muhasip
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2662
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tarannum al-Quran di Malaysia melibatkan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz aI Quran (KKQ) yang berdasarkan Model Penilaian CIPP Stufflebeam 2003. Kajian ini melibatkan 30 guru KKQ di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta 130 orang pelajar tingkatan empat di Kuala Lumpur. Reka bentuk kajian ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Empat instrumen kajian telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan elemen penilaian konteks berada pada tahap tinggi (min=4.40, sp=0.17). Dapatan penilaian proses pula mendapati elemen strategi, penggunaan ABM dan kaedah penilaian berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.96, sp= 0.45) menurut persepsi guru dan tahap sederhana rendah (min=2.95, sp= 0.43) menurut persepsi pelajar. Dapatan penilaian produk berada pada tahap tinggi (min=4.11, sp=0.27) menurut persepsi guru dan sederhana tinggi (min=3.69, sp=0.46) menurut persepsi pelajar. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian tarannum berdasarkan latar belakang ibu bapa pelajar KKQ (P=0.047, p