Batasan berkarya menurut akidah islamiah kajian Awld Hratin oleh Najb Mahfz, Dwn oleh Cabd Al-Wahhb Al-Bayt dan Langit Makin Mendung oleh Kipandjikusmin (IR)

Kajian ini menyentuh batasan akidah Islamiah yang diaplikasi dalam tulisan sastera dan kewajipan sasterawan dalam mematuhinya. Objektif kajian ini ialah mendedahkan amalan yang bercanggah dengan akidah Islamiah dalam memanfaatkan elemen akidah Islamiah dan elemen kepercayaan selain Islam, yang berca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkarnain Mohamed
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2675
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menyentuh batasan akidah Islamiah yang diaplikasi dalam tulisan sastera dan kewajipan sasterawan dalam mematuhinya. Objektif kajian ini ialah mendedahkan amalan yang bercanggah dengan akidah Islamiah dalam memanfaatkan elemen akidah Islamiah dan elemen kepercayaan selain Islam, yang bercanggah dengan akidah Islamiah, dalam karya sastera. Kedua ialah menilai implikasi akidah Islamiah, kesan daripada penyalahgunaan penamaan dan kerangka Islami dalam tulisan sastera yang bersifat agresif dalam menghina agama Islam. Ketiga ialah menilai implikasi akidah Islamiah, kesan daripada penggunaan penamaan dan kerangka bukan Islami dalam tulisan sastera yang bersifat kontrastif dalam menghina Islam. Keempat ialah menilai secara khusus implikasi akidah Islamiah kesan daripada pengaruh kerangka tashkik (menimbulkan keraguan) orientalisme, yang bercanggah dengan akidah Islamiah. Kelima ialah menolak manfestasi karya dalam bentuk watak dan perwatakan, dan dalam bentuk kerangka pengkaryaan yang bercanggah dengan akidah Islamiah.Metode kajian ini ialah kajian literatur dengan menggunakan pendekatan tac?multaklif.Pendekatan tac?mul diaplikasi dalam kajian ini untuk mengukur sejauh mana sasterawan yang dijadikan sampel kajian mematuhi tuntutan akidah Islamiah dalam memanfaatkan sumber Islami dan bukan Islami dalam karya. Pendekatan taklif pula,secara khusus, bertujuan untuk menilai rasa bertanggung jawab, atau dalam kajian ini dinamakan taklif sosial dalam memanifestasikan pemanfaatan tersebut secara langsung dalam karya kreatif, sama ada puisi atau prosa. Antara hasil kajian yang penting ialah karya yang dikaji sebagai kes kajian terdedah kepada penyelewengan tasawur Islami, menyalahgunakan penamaan dan kerangka Islami, dan mengadaptasi penamaan dan kerangka bukan Islami secara kontrastif, kontras atau berlawanan dengan akidah Islamiah. Secara khusus berkenaan dengan kerangka tashk?k orientalisme, ia didapati mempengaruhi ketiga-tiga kajian kes, iaitu karya Najib Mahfuz dan Kipandjikusmin.