Pembangunan dan pelaksanaan modul Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu (IR)

Kajian ini bertujuan membangun dan melaksanakan modul bagi topik 'Sel sebagai Unit Asas Kehidupan'. Kajian ini juga membuat perbandingan kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) dengan Pembelajaran Tradisional (PT) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta membandingkan Pentaks...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Azlina Amir Hamzah
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2679
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membangun dan melaksanakan modul bagi topik 'Sel sebagai Unit Asas Kehidupan'. Kajian ini juga membuat perbandingan kesan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri (PBI) dengan Pembelajaran Tradisional (PT) melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) serta membandingkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan Pentaksiran Konvensional (PK). Keberkesanan PBI bagi pencapaian akademik, kemahiran sosial (Domain Afektif), kognitif (Domain Kognitif), kemahiran manipulatif (Domain Psikomotor) serta gabungan kemahiran sosial, kognitif dan kemahiran manipulatif (KMS) turut dikaji. Reka bentuk kajian merupakan eksperimen kuasi. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi memilih 60 orang pelajar daripada dua buah kelas Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Dua instrumen digunakan; iaitu ujian pencapaian dan rubrik Penilaian Kerja Amali (PEKA). Data dianalisis menggunakan ujian-t, MANOVA dan korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati PBI memberikan kesan signifikan terhadap pencapaian akademik (t(29) = -4.886, p