Kesan tahap realistik karakter animasi talking-head terhadap prestasi pembelajaran dan emosi pelajar. (IR)

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesan penggunaan karakter animasi talkinghead yang berbeza tahap realistik terhadap prestasi pembelajaran dan emosi pelajar. Empat koswer animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza iaitu karakter animasi tiga dimensi tidak realistik (3D-TR), karakt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Najib Hamdan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2686
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangun dan menilai kesan penggunaan karakter animasi talkinghead yang berbeza tahap realistik terhadap prestasi pembelajaran dan emosi pelajar. Empat koswer animasi talking-head dengan tahap realistik berbeza iaitu karakter animasi tiga dimensi tidak realistik (3D-TR), karakter animasi tiga dimensi realistik (3D-R), karakter animasi dua dimensi (2D) dan karakter manusia sebenar (MANUSIA) dibangunkan untuk diuji secara eksperimen kuasi. Penilaian animasi talking-head ini diukur melalui ujian sebutan dan ujian emosi setelah pelajar selesai menerokai koswer animasi talking-head secara kendiri. Seramai 150 orang pelajar semester 1 kursus Sijil Multimedia Kreatif Animasi dari empat buah Kolej Komuniti dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah pensampelan bertujuan. Ujian statistik ANCOVA, regresi linear serta regresi linear berganda digunakan untuk menjawab persoalan kajian secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan daripada sudut prestasi ujian sebutan dan emosi pelajar antara kumpulan pelajar yang menerima strategi tahap realistik animasi talking-head yang berbeza. Kumpulan pelajar 3D-TR merupakan kumpulan pelajar yang telah memperoleh min skor tertinggi dalam ujian sebutan dan ujian emosi manakala kumpulan pelajar 3D-R pula memperoleh min skor yang terendah dalam kedua-dua ujian tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati peranan emosi sebagai mediator separa yang signifikan terhadap perhubungan antara tahap realistik karakter talking-head dengan prestasi pembelajaran pelajar. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan penggunaan karakter animasi talking-head yang tidak realistik didapati mampu meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar di samping dapat mengelak emosi mereka terganggu dalam proses pembelajaran. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan karakter animasi 3D-TR adalah strategi yang terbaik untuk reka bentuk karakter animasi talkinghead