Analisis aplikasi kognisi dalam tunjang komunikasi bahasa Malaysia prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi kognisi dalam tunjang komunikasi bahasa Malaysia prasekolah. Kajian ini melibatkan seorang guru prasekolah di daerah Kinta Utara, Perak sebagai responden yang menjawab soalan-soalan secara lisan. Sebanyak 40 set Rancangan Pengajaran Harlan, hasillemba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Thanavalli Subrahmonion
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2701
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi kognisi dalam tunjang komunikasi bahasa Malaysia prasekolah. Kajian ini melibatkan seorang guru prasekolah di daerah Kinta Utara, Perak sebagai responden yang menjawab soalan-soalan secara lisan. Sebanyak 40 set Rancangan Pengajaran Harlan, hasillembaran kerja 25 orang kanak-kanak dan teks temubual responden telah dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden telah menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran untuk menarik minat kanak-kanak terhadap tunjang komunikasi bahasa Malaysia. Kanak-kanak sememangnya bertindak aktif terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menarik. Dalam hal ini, aspek pengetahuan sedia ada kanak-kanak membantu mereka untuk meningkatkan pencapaian kognisi yang lebih berkesan. Responden memahami kepentingan pengetahuan sedia ada kanak-kanak dan dimanfaatkan pengaplikasian kognisi dalam 82.5% Rancangan Pengajaran Harian yang disediakannya. Namun, responden menghadapi kekangan dalam menggunakan peralatan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana bilangan kanak-kanak yang ramai dan ruangan yang terhad. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan lembaran kerja sebagai alat pengukuran yang penting untuk mengetahui perkembangan kognisi dalam kalangan kanak-kanak, Kajian inijuga menjelaskan bahawa aplikasi kognisi dalam bahasa Malaysia akan berjaya sekiranya pihak guru mengaplikasikan potensi dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak dalam pengajaran mereka.