Hubungan di antara kesediaan, personaliti dan pengalaman guru dengan amalan penilaian tugasan projek Prinsip Perakaunan (IR)

Kajian tinjauan kuantitatif ini bertujuan menentukan hubungan di antara kesediaan guru, personaliti guru dan pengalaman mengajar guru dengan amalan penilaian guru terhadap tugasan projek Prinsip Perakaunan. Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan inventori personaliti Myers-Briggs Type Indica...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azri Mohamed Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2705
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tinjauan kuantitatif ini bertujuan menentukan hubungan di antara kesediaan guru, personaliti guru dan pengalaman mengajar guru dengan amalan penilaian guru terhadap tugasan projek Prinsip Perakaunan. Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan inventori personaliti Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Teknik persampelan rawak berlapis secara kuota telah digunakan dan sebanyak 155 sampel terdiri daripada guru-guru Prinsip Perakaunan tingkatan empat di negeri Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mendapati guru-guru Prinsip Perakaunan sentiasa menilai tugasan projek Prinsip Perakaunan berpandukan kriteria penilaian yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) manakala tahap kesediaan guru dalam melaksanakan penilaian adalah tinggi. Kebanyakan guru didapati memiliki kombinasi personaliti EkstrovertPeka- Fikiran-Pemutusan, Tahap kesediaan guru, dimensi personaliti guru Pemutusan Pengamatan dan tempoh pengalaman mengajar guru didapati telah mempengaruhi amalan guru dalam menilai tugasan projek Prinsip Perakaunan. Justeru, kajian ini telah memberi implikasi kepada guru-guru di mana mereka harus diberi kursus persediaan dan latihan tentang teknik penskoran berpandukan kriteria penilaian. Pemantauan terhadap penilaian yang diberikan oleh guru terhadap tugasan projek pelajar perlu dilaksanakan dengan lebih sistematik dan menyeluruh. Guru-guru perlu sentiasa mengadakan perbincangan sesama mereka tentang penskoran berpandukan kriteria penilaian di samping menjadikannya sebagai aspek utama dalam pengajaran guru di dalam bilik darjah.